Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, January 3, 2013

Siaran langsung Presiden PAS di RTM batal kerana Deepak! Apa kaitannya?


Dah agak dahh, UMNO mesti tak berani punya...!

Oleh: MKBB

Selang beberapa dua tiga hari selepas Menteri Penerangan Datuk Rais Yatim beri persetujuan bersyarat untuk benarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang muncul di RTM untuk menjawab serangan berkaitan ‘Amanat Haji Hadi’ terhadap dirinya, tiba-tiba Rais berubah angin – siaran langsung untuk Hadi tak jadi. Pembatalan itu berlaku sebaik Presiden PAS itu bersetuju syarat Rais untuk membenarkan segala tokoh agama hadir sama untuk bertanya soalan dan Hadi dibenarkan menjawab segala soalan dan serangan dari ulamak-ulamak pro UMNO itu.

Pembatalan oleh Rais yang dipercayai atas arahan Rosmah dan Najib itu dipercayai kerana tiga sebab:

1) UMNO takut rakyat dapat maklumat sebenar berhubung isu berkenaan, sudah tentu juga rakyat akan terpengaruh dengan ucapan Ustaz Hadi, maka isu tersebut tidak dapat dimanipulate oleh UMNO lagi.


2) UMNO yakin ulamak-ulamak upahan mereka tidak mampu menandingi ketinggian ilmu Ustaz Hadi, apabila ulamak UMNO kalah berhujah maka rakyat nampak UMNO tak betoi. Cadangan awal UMNO akan menghantar Cikgu Zainon Ismail selaku pendebat di pihak UMNO tetapi apabila terdedah bahawa Cikgu Non cuma guru sekolah rendah (tidak setaraf ilmunya) maka namanya dibatalkan.


3) Jika Ustaz Hadi berani muncul secara langsung untuk memberi penjelasan maka selepas ini rakyat akan menuntut penjelasan Najib pula dalam isu Deepak kerana sehingga kini, Najib tidak berani menjawab walau sepatah perkataan pun dalam isu Deepak walaupun serangan dibuat bertalu-talu, satu demi satu.

Maka untuk isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini walaupun UMNO yang mulakan tapi UMNO yang kalah, KO. Takziah UMNO.



Warta Darul Aman

Arkib