Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, January 7, 2013

Pemuda BN Kedah, lain kali kalau tak reti tanya, jangan terus sondoi nak tunjuk hero... akhirnya malu sendiri!


 
 
Pemuda BN Kedah TAK TAHU baca Laporan Bajet 2013 tapi nak tunjuk jaguh... akibatnya, malu diri sendiri

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Pemuda BN Kedah hadir ke Wisma Darul Aman menyerahkan sijil penghargaan kepada YAB Menteri Besar kerana kejayaan m......entadbir negeri Kedah dengan cemerlang kerana berjaya menobatkan negeri Kedah sebagai 'Johan Defisit Belanjawan 2013'. Bangga sungguh Pemuda BN kerana merasakan berjaya sindir MB. Soalnya betulkah sindiran itu?

Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Pemuda BN mendakwa defisit sebagai RM460! Betulkah bacaan mereka ini? Untuk menjawabnya mari kita lihat Bajet 2008 yang dibentang semasa zaman BN.



BAJET BN 2008

Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar beliau menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM502 juta, pembangunan RM277 juta dan pengurusan air RM348 juta. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta. Bermakna, mengikut bacaan Pemuda BN, defisit Bajet 2008 (zaman BN) ialah RM643 juta!?

Betulkah itu? Jawapannya, tak betul.

Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Amiruddin Hamzah telah menjelaskan kekeliruan pemahaman sesetengah pihak mengenai belanjawan itu dalam Sidang DUN lalu. KATANYA, TERDAPAT SUMBER HASIL LAIN TETAPI TIDAK DIMASUK DALAM SUMBER PENDAPATAN NEGERI KERANA IA DIPERAKAUNKAN DI BAWAH KUMPULAN WANG BERASINGAN. ANTARANYA IALAH TERIMAAN KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN, KUMPULAN BEKALAN AIR, PEMBERIAN SAHAN EKONOMI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL DAN PENYELENGGARAAN JALAN RAYA OLEH KERAJAAN PUSAT.

Kaedah yang sama digunakan dalam membentangkan butiran Bajet di zaman BN atau kini. Sebenarnya semua ADUN BN sudah faham hal ini ekoran penjelasan yang diberikan dalam Sidang DUN lalu tapi nampaknya para Pemuda BN yang tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang jadi YB nampaknya, tak faham tapi nak tunjuk pandai. Akibatnya...

 


 

Warta Darul Aman

Arkib