Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 1, 2013

Pelaburan di KHTP kini cecah RM30 billion, peluang kerja untuk 28,000 orang

Lebih RM400 juta pelaburan masuk di penghujung 2012



http://www.wartakedah.net/images/April2011/2012.jpg

KULIM - Di saat tahun 2012 mahu melabuhkan tirai, Taman Berteknologi Tinggi atau Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya menarik pelaburan berskala besar di bidang industri perubatan yang bernilai lebih RM400 juta. Sebanyak dua buah syarikat terbabit dalam pelaburan tersebut, manakala dua buah institusi pengajian pula menyewa kemudahan KHTP untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.


Aspion Sdn. Bhd. syarikat yang terbabit di bidang membekalkan peralatan perubatan akan membuat pelaburan berjumlah antara RM300-400 juta di atas tapak KHTP fasa 3 yang berkeluasan 51.74 ekar. Syarikat ini terkenal di seluruh dunia sebagai pengeluar sarung tangan yang digunakan dalam pembedahan, namun di KHTP mereka akan memberi tumpuan kepada penghasilan peralatan Peritoneal Dialysis di samping melakukan kerja penyelidikan dan pembangunan di bidang berkaitan.

Sebuah lagi syarikat pelabur ialah CTR Setia (M) Sdn Bhd yang akan melabur kira-kira RM60 juta di bidang penghasilan intravenous catheters yang juga berkaitan dengan peralatan perubatan. Mereka memajak tapak seluas 31.5 ekar juga di fasa 3 KHTP.

Sementara itu Allianze University College of Medicine and Sciene (AUCMS) telah menyewa kemudahan di Pusat Perniagaan 2 KHTP sebagai pusat pengajian pra klinikal di bidang sains perubatan. Program ini difrancaiskan oleh UKM dan mula menerima kemasukan pelajar pada Februari 2013.

Sebuah lagi institusi pengajian yang turut menyewa kemudahan ialah In-Fussion Solutions Sdn Bhd yang menjadikan Bangunan Pusat IT KHTP sebagai tempat operasi. Mereka akan memulakan Voc-Tec College dengan pengambilan pertama pelajar pada 2013 yang dihantar oleh Kementerian Pelajar Malaysia. Para pelajar ini akan mengikuti kursus teknikal dan vokasional selama empat tahun.

Perjanjian pajakan antara keempat buah organisasi ini dengan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) ditandatangi dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' IR Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh. KTPC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Muhammad Sobri Osman manakala kesemua organisasi terbabit diwakili oleh pegawai tertinggi masing-masing.

Dengan kemasukan dua pelabur baru ini, KHTP kini mempunyai 33 pelabur dalam industri dari dalam dan luar negeri dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM30 billion. Ia membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 28 ribu pekerja

Warta Darul Aman

Arkib