Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, January 7, 2013

Pejuang maya Pakatan jangan gelak saja, kena ambil iktibar jugak!

Oleh: Tok Non

Haritu Najib dah beri pengiktirafan dan 'watikah kerja' kepada 10 ribu pejuang maya UMNO BN untuk berperang melawan Pakatan Rakyat di alam cyber. Maka mereka pun pulang bekerja di tempat masing-masing. Kita dapat saksikan alam cyber ketika itu dikuasai oleh para penyokong UMNO BN, ia ditambah lagi kekuatan dengan setiap orang pahlawan maya UMNO BN itu diarah membuka sebanyak2 akaun FB, twitter dan blog supaya menunjukkan sokongan kepada UMNO BN adalah terlalu ramai.

Kira-kira setahun selepas itu marilah kita melihat hasilnya....

Survey di atas dibuat secara online oleh oleh UMNO Selangor untuk mengkaji kesan kempen Sayangi selangor yang dijalankan secara agresif untuk menarik rakyat menyokong BN, keputusan yang sangat mengecewakan BN. Bila guna online bermakna semua pengundinya adalah yang kenal internet sahaja ataupun mereka sering berada di alam maya. Mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat maya juga, apa yang mereka dapat dari FB, twitter, blog dan laman web.

Apakah pejuang maya BN tidak berkempen dengan agresif? Tok Non bercaya mereka berkempen sekali ganda lebih agresif dari Pakatan... ini kenyataan, kita boleh lihat sendiri.

Habih tu apa yang tak kena? Aspek yang tak kena inilah yang Tok Non nak minta para pejuang maya Pakatan tolong beri perhatian. Patutnya Tok Non cerita secara sulit... tapi Tok Non pun tak kenal dengan ribuan pejuang maya Pakatan, nak sulit macam mana... terpaksa cerita terbuka macam niilah.

Meh kita lihat kesilapan2 cybertrooper UMNO BN yang menyebabkan sokongan pengundi alam maya melarikan diri dari mereka... yg Tok Non nak minta TOLONG, TOLONG dan TOLONG para pejuang maya Pakatan jangan ikuti kesilapan itu.

Berikut senarai kesilapan mereka....

1. FITNAH


Contoh berita Fitnah yang dibuat oleh blog UMNO. Fitnah sudah jadi macam Rukun Nombor 1 UMNO, 'masalahnya' zaman cyber ni sekali tersiar berita fitnah tak sampai berapa jam berita itu berjaya ditangkis di alam cyber juga. Terlalu banyak seseorang buat fitnah maka orang hilang kepercayaan untuk selamanya.

2. Makihamun


Bayangkan dalam tulisan yang seringkas ini terdapat 8 perkataan bodoh di samping perkataan bengap, tolol, bohong, penipu, mengheput dan lain-lain kata kesat.. petikan dari blog UMNO menjawab tulisan Kedah La.

3. Hina peribadi keterlaluan


Segelintir UMNO sendiri pun tidak dapat terima penghinaan yang begini dahsyat, apatah lagi golongan atas pagar. Jadi Pakatan jangan tiru cyber trooper UMNO

4. Mencarut


Orang baik-baik, agamawan dan kaum wanita sudah tentu tidak gemar untuk mendengar perkataan mencarut macam ni. Bila tanggapan pembaca sudah negatif dari awal, maka ia tidak membantu kita menyebarkan info selanjutnya.

5. Lucah


Menyiarkan bahan lucah macam ni untuk menunjukkan kononnya kejahatan pihak lain... sama juga dengan kes mencarut tadi, golongan yang rasional tidak suka melihatnya apatah lagi di rumah atau pejabat yang terbuka. Yang berminat hanyalah golongan sex maniac, mereka hanya berminat bahan sex tersebut tapi bukan mesej yang disampaikan.


6. Provokasi


Taktik makan diri yang terakhir ialah provok rakan2 maya suruh berkelahi. Post bahan menyakitkan hati lepas tu tag pada semua pihak. Bila orang berkelahi kerana posting tersebut maka golongan rasional akan lihat pihak yang mulakan (yg buat posting) adalah jahat.


OK itulah dulu kuliah Tok Non hari ini untuk pengiktibaran seluruh para pejuang maya PAS/Pakatan Rakyat. Ingat jangan tiru kesilapan yang dibuat oleh cybertrooper UMNO!!!


Warta Darul Aman

Arkib