Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, January 23, 2013

Misteri kain tudung Puteri Umno (macam cerita hantu laa pulak…)




Oleh: Aiman Rasist

Entah mimpi apa boss aku ni, tiba-tiba suruh selongkark kain tudung Puteri UMNO, eh maksud aku isu kain tudung… duit yang disumbangkan oleh Seri Temin sebanyak RM20 ribu. Kisah berlaku zaman Datuk Shahanim Yusof (ehhh Datuk ke belum?) jadi Ketua Puteri Kedah dulu nun.


Maka sebagai pekerja sukarela kepada boss, aku pun bawak fail pi siasat. Ikut catatan dalam akaun runcit Seri Temin duit RM20 ribu tu dibayaq kat pembekal bernama HM Design & Trading. Maka pendekkan cerita bawak fail, bawak no. rujukan bertarikh sekian-sekian pi jumpa HM Design kat Kanchut… rupanya depa tak terima pembayaran serupa itu pada tarikh itu, dan depa pun tak pernah berurusan dengan Seri Temin. Maknanya catatan akaun Seri Temin tu mungkin palsu... opss silap, bukan palsu... muhong.

Nasib aku baik sebab bila risik2 dengan rakan-rakan Puteri UMNO rupanya ada orang kiri kanan Shahanim ramai yang dah tak bersamanya kini. Pendekkan cerita lagi… berapa kali pendek dahh, mengikut cerita mereka kaian tudung RM20 ribu tu tak pernah dibeli pun. Abih tu kalau tak beli duit RM20 ribu tu pi mana…?

Nak habag pun tak tau, aku bukan habih lagi siasat nii.. jadi kalau ada peluang aku nak pi jumpa sendiri Datuk Shahanim untuk minta penjelasan misteri kain tudung tu. Tentu dia boleh bagi penjelasan duduk perkara sebenagnya… Lebih adil kalau tuan punya badan sendiri yang bagi penjelasan.

OK boss, itu dulu berita ringkas untuk kali ni. Nak cerita detail tunggu Buletin uatama nantilah nooo.



Warta Darul Aman

Arkib