Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, January 6, 2013

Madrasah Salihiah... walhasil balik asal

 
 
 
 
Alhamdulillah, isu Madrasah Salihiah selesai akhirnya


ZULKIFLI YAHAYA


Kontroversi isu Madrasah Salihiah, Kanchut berakhir apabila persetujuan dicapai antara pihak yang membantah madrasah itu diroboh dan digantikan, dengan kerajaan negeri yang mahu berbuat demikian setelah dibenarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah. Ia diselesaikan secara baik di luar mahkamah setelah pihak plaintif yang mengaku menjadi waris pemilik asal tapak dan defendan mencapai kata sepakat untuk berbuat demikian.


Defendan iaitu pihak kerajaan negeri, bersetuju menyediakan lot baru untuk membina semula surau menggunakan wang pampasan (yang dibayar kepada Maik RM1.43 juta) kira-kira 200 meter daripada tapak asal.

Pada 6 Mei tahun lepas, Jamludin, Fadzil, Fidel Firaidid dan Fidel Firaidi yang mengaku sebagai waris pemilik asal tanah memfailkan injunksi sebagai usaha menghalang bangunan Madrasah Salihiah dirobohkan kerajaan negeri bagi membina pusat membeli-belah. Majlis Agama Islam Kedah (Maik), Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dan kerajaan negeri Kedah, masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Isu Madrasah Salihiah bermula apabila kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat swasta memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu.

Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah.

Pemegang amanah harta wakaf itu adalah MAIK bukannya pihak yang mengaku sebagai waris kerana wakaf bermakna terhenti hak milik pemilik asal. Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.
Seperti biasa Umno Kedah yang kekeringan isu telah mengeksploit habis-habisan isu tersebut demi faedah politik. Kononnya PAS zalim kerana meroboh surau yang berusia 100 tahun. Sebenarnya surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 semasa zaman BN. Semasa perobohan surau asal itu tiada pula bantahan dibuat oleh pihak tertentu. Bangunan yang tersergam kemudiannya baru berusia lima tahun dan pampasan yang dicadangkan diberi dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

Umno juga tidak lupa mengeksploit isu rasis apabila mendakwa sebuah gereja yang terletak berhampiran tidak dirobohkan tetapi memilih surau untuk dirobohkan. Walhal gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu?

Sementara sebuah surau baru akan dibina berada di tingkat bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

Penyelesaian isu Madrasah Salihiah bermakna ia betul-betul mengikut pelan rancangan asal kerajaan negeri.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah, Mansor Ahmad berkata pihaknya akur dengan perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

"Kita menghormati segala cadangan dan pandangan baginda bagi selamatkan keadaan supaya tidak jadi lebih serius. Kita berterima kasih sebab cari penyelesaian dan tuanku sebagai ketua agama telah mencari jalan penyelesaian yang baik," katanya.
Jika dari awal mereka hormati kerajaan negeri dan Majlis Fatwa yang terletak di bawah Sultan Kedah, maka isu tersebut tidak berlarutan begitu lama. Ia hanya membuang masa, wang dan tenaga. Duit untuk urusan guaman dan program-program bantahan boleh untuk membina sebahagian surau. 

Alhamdulillah akhirnya, satu lagi isu berpihak kepada kerajaan negeri. Umno kenalah mencari isu baru untuk dieksploit... tak apa, boleh beralih ke Tasik Pedu pulak.

 

Warta Darul Aman

Arkib