Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, January 26, 2013

Kertas jamban Utusex Meloya menipu tak sudah-sudah

Utusan alat penipuan Umno



Bukan sekali tetapi sudah banyak kali Utusan Malaysia didapati menipu oleh mahkamah dan diarahkan membayar denda, namun ini tidak langsung mengendurkan peranannya untuk terus menipu.

Dalam satu artikel yang boleh dicapai secara online di sini dengan jelas bukan sahaja menulis dengan memutar belit fakta untuk mengelirukan sebaliknya terus menipu.

Dalam keghairahan menipu penulis artikel tersebut dengan selamba menyatakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sebagai pengerusi majlis dalam himpunan di Stadium Merdeka, fakta sebenar acara petang itu menampilkan 4 orang juru acara dan yang pasti bukan Saifuddin.


Penulis juga menulis nama che'GuBard dengan menyatakan pada sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang himpunan ialah RM30,000. Di mana faktanya che'GuBard hanya masuk ke stadium selepas mengetuai perarakan ribuan anak muda dari Kg. Baru masuk ke stadium berada di padang langsung tidak ke pentas utama, bagaimana che'GuBard boleh dikatakan membuat pengumuman. Nampak sangat pembohongnya.

Utusan sememangnya alat penipuan tanpa batasan, selepas dari peristiwa 'mogok utusan' di mana menyaksikan parti regim menguasai Utusan, sejak itu Utusan sudah hilang roh.

Sekian.

Solidariti Anak Muda Malaysia



Warta Darul Aman

Arkib