Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, January 27, 2013

Ih ihh pasai apa pulak PAS asyik sebut Negara Kebajikan? PAS dah tinggal dasar perjuangan?? Jeng jeng... mai pakat baca nihh

(Foto hiasan - Ahli MCA seumur hidup yang menghina Islam, tapi UMNO takut untuk bertindak terhadapnya)


Fitnah UMNO: PAS tukar dasar kerana berkawan DAP, dahulu perjuangkan Negara Islam tapi sekarang Negara Kebajikan.

Inilah jawapannya: 

Dasar PAS tidak pernah berubah, yang berubah cuma strategi dan istilah. Misalnya masa bersama permuafakatan dalam Angkatan Perpaduan Ummah dahulu PAS guna ayat ‘menegakkan Islam sebagai addin’ dalam manifesto. Sekarang PAS guna ‘Negara Berkebajikan’ untuk mengelak fobia dari kalangan yang mahu menyokong Pakatan Rakyat tetapi takut dengan 'Negara Islam' akibat persepsi negatif yang berjaya ditanamkan oleh BN terhadap PAS selama separuh abad.

Ambil iktibar Sirah Rasulullah SAW. Waktu Perjanjian Hudaibiah, draf perjanjian tertulis perkataan ‘Allah sebagai Al-Rahman dan Al-Rahim’ dan ‘Muhammad adalah Rasulullah’. Wakil puak kafir Quraisy, Suhair bin Anbar tidak bersetuju dengan istilah tersebut kerana ia membawa maksud mereka mengakui kebenaran sebahagian ajaran Islam. Maka Rasulullah SAW bersetuju membuang perkataan tersebut dari dokumen perjanjian. Masa itu Hassan Ali belum wujud tapi Saidina Ali yang menulis draf perjanjian itu keberatan apabila Rasulullah mengarahkan beliau memadamkan perkataan 'Al-Rahman, Al-Rahim dan Muhammad Rasulullah'. Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis meminta Saidina Ali menunjukkan di mana kalimah yang dipertikaikan itu tertera di atas kertas dokumen. Apabila Saidina Ali menunjukkannya maka Rasulullah SAW sendiri yang memadamkannya. Ia tidaklah bermakna Nabi Muhammad tolak sifat kemuliaan Allah atau tolak baginda sebagai Rasulullah. Itu adalah strategi Rasulullah SAW.
Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah dicorakkan oleh mana-mana rakan kerjasama, termasuk DAP. Sebab itu PAS tidak pernah mengubah keputusan parti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak sekalipun terdapat perbezaan dengan pihak lain. Ia berbeza dengan Umno yang seringkali tunduk dengan desakan dan ugutan MCA dan Gerakan. Sebab itu apabila MCA dan Gerakan menentang secara terbuka peraturan berpakaian sopan dalam persembahan terbuka yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah, Umno hanya membisu seribu bahasa. Mereka sangat takut dengan MCA dan Gerakan.

Lepas jawab soalan UMNO tu... kita nak tanya soalan dekat UMNO pulak... Awat UMNO takut sangat dengan MCA dan Gerakan? Sila jawab....

Warta Darul Aman

Arkib