Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, January 16, 2013

Gila jenih apa pulak pecacai UMNO nii.. yang halalkan Kristian guna kalimah Allah ialah Najib, yang kena report DS Hadi





Listen, listen, listen...
yang benarkan kapiaq Kristian import Bible bahasa Melayu guna kalimah Allah ialah Najib dan Kabinet BN

 
 




 
4 NGO buat laporan polis terhadap LGE, Hadi, Anwar


Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin Pakatan Rakyat berhubung cadangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar itu dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Empat pertubuhan berkenaan adalah Pertubuhan Silat Garuda Malaysia (PSGM), PSGM Kedah serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Kedah.

Yang Dipertua PSGM Kedah, Mansor Ahmad yang mewakili NGO terbabit berkata laporan itu menuntut pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap ketiga-tiga mereka bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Mereka juga mahu mendengar pendirian Lim selepas PAS menarik balik sokongan mereka terhadap saranan Lim dan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang.

- Bernama  
INILAH BUKTINYA.. KLIK SINI

Warta Darul Aman

Arkib