Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, January 29, 2013

Ghaffar Baba pun akan masuk PAS... -Tamrin

Ghafar Baba pun mungkin masuk PAS - Tamrin

Khairil Abdul Rahim,29 Jan 2013
TEMERLOH: “Kalau bapa saya (Allahyarham Tun Ghafar Baba) masih hidup, tentu dia akan masuk PAS lebih awal dari saya,” kata Datuk Tamrin Ghafar ketika berceramah di Taman Temerloh Jaya, dekat sini.

Katanya, semuanya disebabkan keadaan dalam Umno sendiri yang semakin hari semakin parah akibat merebaknya penyakit rasuah politik, mengaut kekayaan untuk kroni dan perebutan jawatan secara negatif.

“Jangan ingat mustahil tokoh Umno keluar Umno, bapa kemerdekaan (Almarhum Tunku Abdul Rahman) pun keluar Umno dan mati di luar Umno. Begitu juga dengan (Tun) Hussein Onn,” kata bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu.

Tamrin yang kini ahli seumur hidup PAS menjelaskan, beliau pernah aktif dalam Umno selama 40 tahun tetapi mengambil keputusan meninggalkan Umno setelah mendapati parti itu lari daripada perjuangan asal sejak tahun 1995.

Beliau berkata, tabiat meraih undi dalam Umno kini cuba dibawa kepada rakyat iaitu dengan mengumpan mereka dengan wang ringgit dan janji.

“Dulu kerajaan tak pernah bagi wang secara beramai-ramai, tapi kita dah ada BRIM 1.0, 2.0, 3.0. Tapi tafsiran saya BRIM itu ialah ‘beri rasuah satu Malaysia’, duit itu duit rakyat iaitu daripada cukai.

“Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya menyalurkan kembali duit rakyat terus kepada manfaat golongan itu yang sedang menderita akibat kos hidup yang melambung, bukannya berbelanja mengikut kepentingan politik,” ujarnya.

Turut berceramah Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hassanuddin Salim.

Tamrin juga meminta orang ramai bertanya dan berfikir secara waras, kenapa sekarang ini berduyun-duyun orang masuk PAS dan Pakatan Rakyat (PR) termasuk bekas orang besar kerajaan, artis dan golongan muda.

Katanya, antara lain rakyat yang bermaklumat sudah sedar bahawa slogan ‘rakyat didahulukan’ hanya sekadar retorik bagi menyedapkan telinga.

“Saya ambil satu contoh, keluarga (Datuk Seri) Shahrizat buat pinjaman lembu NFC (RM250 juta) dikenakan kadar faedah dua peratus sahaja, sedangkan 1.2 juta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman dikenakan kadar faedah empat peratus.

“Rakyat yang bermaklumat mereka tahu ini,” katanya.

Warta Darul Aman

Arkib