Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, January 16, 2013

Bo.bo..bo.saannn..bla..bla..bla..UMNO..bosan...

Oleh : PUTERI BULAN




Fuhh...penat Puteri baru nak lega...beting kering Puteri macam nak tercabut...berjalan..berlarak ke stadium merdeka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR #KL112 tapi tobat Puteri nak bagi tau..syok sungguh...nikmat bersama dari semua lapisan masyarakat seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak...

Aduhhh..tapi Puteri frust menonggeng pasai tak dapat masuk dalam stadium...penuh..sesak...heheheh..maka berlapuklah Puteri dengan ribuan lagi pencinta keadilan yang senasib dengan Puteri...walau macamana pun hati dan fikiran Puteri sentiasa berlegar-legar dalam stadium....terhinjut-hinjut juga bahu Puteri bila mendengar lagu Ubah Sekarang oleh Ito...walau pun Puteri tak dapat melihat suasana di dalam sana...jadi Puteri buka You Tube sajalah nak tengok macamana rupanya...

Keliling kelalang Puteri ketika diluar stadium...nampak anak-anak muda bersemangat dan ibu-ibu dan ayah-ayah muda membawa anak-anak bersama-sama tidak lepaskan peluang detik bersejarah itu. Bagai diajar-ajar anak-anak yang dibawa macam di 'makan ajar'. Duduk elok..ikut arahan mak ayah...tak buang sampah merata-rata..bila jalan pegang tangan mak ayah..tak ada pun yang lari sana...lari sini...pekik sana..pekik sini. Mak ayah pun Puteri tengok sentiasa mengawasi anak masing-masing..bimbang terlepas pandanag dan hilang dalam ribuan lautan manusia...macam tulah bila jadi mak ayah...tentulah persediaan rapi samada fizikal dan mental cukup kuat barulah berupaya membawa anak-anak ke program seumpama itu..Puteri tabik spring...dan terhibur dengan gelagat mereka..walau pun dibaham panas terik dan kaki lenguh dah macam spring buaian....( sayang..kamera Puteri terlepas pada kawan Puteri..yang entah kemana hilangnya...heheheh..tanpa dapat dikesan...line telefon pun dah tak upaya nak cari empunya-empunya nombor-nombor yang didail..

Tapi yang Puteri heran...macamana UMNO/BN khususnya ( sebab mereka memerintah Malaysia)..nak kenakan hukuman kepada yang bawa kanak-kanak keperhimpunan sebegitu...pasai apa nak larang..apa pulak bahayanya...Pakatan Rakyat tak pernah anjurkan perhimpunan ganas..yang boleh mencederakan sesiapa termasuk kanak-kanak...melainkan sekiranya pasukan keselamatan bertindak menyembur air atau gas pemedih mata..( memanglah orang lari lintang pukang...so..tentulah membahayakan kanak-kanak..takut terpijak dan sebagainya....atau lebih tepat lemah apabila terkena gas pemedih mata)

Kalau pasukan keselamatan memberi laluan terbaik..jaga keselamatan..tak kacau-kacau..tak ikut arahan UMNO/BN yg memang hati sentiasa busuk..(uppppss..tutup hidung)..tak akan terjadi insiden yang tak diingini...

Bagi Puteri..apalah bahaya sangat kalau kanak-kanak bersama dalam perhimpunan sebegitu ( hey..dey..kalau kami tau..yg bahaya...orang pun rheti..tak akan bawa anak bersama..apa ingat kami tarak baca punya orang ka?)...tapi kalau nak dbandingkan dengan program-program anjuran UMNO/BN yang bukan sahaja merosakkan aqidah..akhlak malah banyak menanamkan budaya asing yang tentunya menyimpang dari ajaran Islam...contohnya..Idola Kecil..My Kid TV3, rancangan hiburan-hiburan yang melibatkan kanak-kanak...tapi yang lebih membuat hati Puteri ni nak bengkak...bila kanak-kanak..atau budak-budak duduk dalam program UMNO..okey pulak...jadi tukang pegang bendera kati..okey pulak..terhinjut-hinjut menari bersama PM Tok Najib dan kak Mah..okey pulak...jadi peramai demo Perkasa..Pemuda BN..boleh pulak...asalkan bukan pakatan rakyat...halal belaka....hemmmmm..itulah sebenarnya UMNO/BN..yang bukan saja takut pada bayang-bayang sendiri..pada anak muda...tapi pada kanak-kanak yang tak boleh mengundi lagi pun depa takuttttt....

Aduh..UMNO..UMNO..UMNO..wa tarak caya sama lu la....lu punya pikilan aaaaa...manyak talak fare ooooooo..aduuuuuiii...wa manyak bobobo.....saannnnnnnnnnn..sama lu...

Aku bosan...aku bosan...bobobo..saannnnnnn...bla..bla..bla..bobobobo sannn..( pinjam lagu Stacy..)






Warta Darul Aman

Arkib