Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, January 4, 2013

2M di belakang Deepak? Mai pakat baca teori konspirasi ini...



Logiknya jika Datuk Seri Anwar atau Pakatan Rakyat berada di belakang pendedahan eksklusif Deepak, maka tak sampai 48 jam selepas pendedahan maka Deepak akan diangkut oleh SB untuk disoalsiasat. Dia akan didera mental dan mungkin fizikal, atau mungkin ditawarkan habuan yang banyak untuk mengubah pengakuan. Selepas itu akan muncul akuan bersumpah Deepak untuk menafikan segala 'kejahatan' Najib Rosmah atau mana-mana pihak dalam BN. Itu senario yang rakyat Malaysia sedia maklum berlaku dalam negara dalam beratus-ratus kes politik sepanjang 55 tahun merdeka. Betul tak?!

Anehnya dalam isu pendedahan Deepak, beliau masih bebas bercakap, membuat pendedahan satu demi satu sedangkan dia bukan aktivis politik pembangkang (yang biasanya tahan uji). Deepak tidak diganggu gugat, tidak diserang oleh media UMNO/BN bertalu-talu, jauh sekali untuk diletupkan macam Altantuya. Maka logiknya, ada tokoh penting di belakang Deepak sehingga beliau jadi begitu berani!

Rumos mengatakan orang yang berada di belakang Deepak ialah Tun Dr Mahathir dan Mahyudin Yasin. Jika Tun ditanya tentu dia akan menafikan sekeras-kerasnya tetapi masihkah kita ingat apabila Khalid Jafri menulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tak layak jadi PM' bukankah Tun M juga nafikan tetapi akhirnya tersengih-sengih macam kerang busuk apabila satu dunia tahu buku itu ditulis atas restu beliau. 

Mahyudin Yasin juga mempunyai sejarah yang banyak menjatuhkan orang-orang di atasnya untuk cepat naik. Antara yang berusaha dijatuhkannya dahulu ialah Pak Lah selaku Perdana Menteri, sehingga terpancul ayat dari mulut PM, "Apakah Mahyudin tak sabar-sabar lagi nak jadi TPM?". Satu dunia dengar kenyataan Pak Lah yang menyelar Mahyudin sewaktu Pak Lah masih PM.

Apabila rumos bertiup kencang menceritakan 2M (Mahathir-Mahyuddin) kini berusaha jatuhkan Najib sebelum PRU13 kononnya untuk selamatkan UMNO/BN dari kalah akibat imej buruk Najib-Rosmah maka rumos tersebut ada asasnya.

Ingat tak, Mat Sabu mendedahkan di Parlimen 15 tahun lalu, bahawa berlaku pertembungan Mahathir dengan Anwar ramai yang menganggap Mat Sabu 'mulut jahat' pandai mereka-reka cerita? Hanya sejurus selepas itu 'cerita rekaan' menjadi kenyataan maka ramai yang melopong.

Apakah kali ini, ada lagi rakyat Malaysia yang berani menafikan cerita panas bahawa Najib akan dijatuhkan sebelum PRU13? Tunggu dan lihat...

Warta Darul Aman

Arkib