Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, December 7, 2012

UMNO sedang berada di wad psikiatry


 
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapan perasmian Wanita, Pemuda dan Puteri dengan bongkaknya ketawa mengejek Pakatan Rakyat, “Ha ha ha..” Kali pertama dalam sejarah politik Malaysia teks ucapan perasmian parti yang sebesar itu terdapat ungkapan “ha ha ha”, ketawa yang dibuat-buat.

Keesokannya Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pula deng terpekik terlolong mencerca Pakatan dengan pelbagai ramuan fitnah dalam ucapan perasmiannya.
Perbahasan oleh para perwakilan pula bermacam ragam. Ada yang mengajak hadirin menyanyi beramai-ramai. Lepas itu menangis pula beramai-ramai. Ucapan merapu perwakilan usah dikira sehingga ada yang mendakwa Umno adalah parti pilihan Allah SWT.

Sebahagian besar pemimpin dan perwakilan berucap membelasah PAS sebagai parti yang kononnya menjadi alat DAP dan KeADILan. Tidak kurang pulak ada yang menuduh PAS sesat. Di celah-celah itu muncul pula pemimpin Umno yang mengajak PAS bersatu dengan Umno demi kekuatan Melayu dan Islam. Hendak berkawan pula dengan orang sesat. Selepas puas menyalahkan Pakatan dan mendakwa seolah-olah Umno itu ideal, mereka mengakiri perhimpunan meminta maaf dari rakyat jelata dan memberi lagi peluang kepada mereka untuk berkuasa. Sungguh kontradik.
Begitulah Umno dalam perhimpunan agung yang dijangkakan terakhir untuk parti mereka sebelum menjadi pembangkang. Sekejap ketawa, sekejap terpekik terlolong, sekejap menyanyi, sekejap merapu, sekejap menangis, sekejab maki hamun lepas itu mengajak pula orang yang dimaki untuk berkawan. Situasi ini mengingatkan kita kepada suasana di wad psikiatry , hospital.

Penyakit yang sedang dialami Umno kini ialah kecelaruan fikiran akibat tekanan yang melampau di penghujung usia kekuasaan mereka. Lebih separuh abad mereka berkuasa. Dengan kekuasaan yang dirasakan tidak terbatas itu mereka membaham khazanah kekayaan negara dengan rakus untuk juak dan kroni. Sedikit dihulurkan untuk rakyat sebagai modal menyambung hayat politik dalam pilihanraya.
Sepanjang mereka berkuasa apa kezaliman yang tidak lakukan terhadap rakyat khususnya seteru politik. Sebahagian rakyat tidak pernah merasakan nikmat demokrasi. Sehingga kini pun pihak yang tidak sealiran dengan mereka dilayan seperti musuh negara. Tiada sepicing ruang bersuara yang dibenarkan melalui media-media utama terhadap pembangkang. Hanya suara mereka yang dipaksakan kepada rakyat untuk didengari. Semuanya berat sebelah.

Sepanjang sejarah kekuasaan apa yang tidak mereka lakukan; memenjara rakyat tanpa bicara (ISA), menyekat hak rakyat yang tidak sealiran, menukar tempat kerja, merampas tanah, meroboh masjid dan surau, melakukan pendakwaan terpilih, konspirasi fitnah bahkan hingga ke membunuh seperti di Memali.
Catatan sejarah juga tidak melupai perihal mereka mengkhianati hak Melayu dan Islam. Separuh tanah simpanan Melayu tergadai, RM52 billion saham Bumiputera hilang, hak dan ekuiti Melayu dalam negara yang ada tidak sampai 15 peratus, ketinggalan orang Melayu dalam semua sektor professional serta jurang kemiskinan orang Melayu yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain.

Semua ini sangat menakutkan Umno apabila ia digunakan oleh Pakatan untuk menjelaskan perihal pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Zaman jika diletakkan tunggul kayu dalam PRU maka BN akan tetap memang sudah berlaku. Zaman kini rakyat boleh mengakses maklumat dengan mudah. Maka segala rencah rencam situasi semasa ini menyebabkan Umno takut bukan kepalang terhadap kehilangan kuasa. Maksudnya ialah kehilangan kuasa Umno bukan kuasa Melayu. Bahang ketakutan itulah yang menyelinap kesegenap ruang sanubari serta tulang belulang Umno. Sebab itu jiwa Umno bercelaru kini.
Perkara besar yang cuba dimanipulasi dalam perhimpunan kali ini ialah ancaman terhadap Melayu jika Umno hilang kuasa. Walaupun promosi mereka terhadap ‘ancaman Melayu’ dilakukan begitu agresif tetapi ia masih gagal meyakinkan Melayu.

Ia dibuktikan melalui kehadiran ke ceramah pembangkang di seluruh negara naik mendadak selepas perhimpunan Umno. Ramai rakan-rakan dari beberapa negeri mengesahkan perkara tersebut. Begitu juga laporan oleh media maya yang tidak dapat ditutup oleh kerajaan BN.
Kehadiran yang berganda tidak menggambarkan pertambahan sokongan, mungkin mereka hadir untuk mendapat maklumat kedua selepas hampir seminggu mendapat maklumat sebelah pihak. Bagaimanapun kesudian rakyat untuk mendengar jawapan dari Pakatan bermakna Umno tidak berjaya membuatkan rakyat menolak Pakatan.

Seterusnya penulis tertarik dengan kajian atas talian yang dibuat oleh Sinar Harian ekoran perhimpunan Umno. Sehingga undian ditutup hanya lima peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin BN akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang. Dalam bancian, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?" Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 5 % (315), Saya tidak yakin 90 % (5543) dan saya tidak pasti 5 % (291).
Soalan yang menarik ialah "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?” Daripada 6338 responden, 94 % (5987) memilih PAS dan hanya 6 % (351) memilih Umno. Ia bisa membuat Umno menangis lagi pasca perhimpunan.

Warta Darul Aman

Arkib