Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, December 23, 2012

Sambutan Ambang Sejahtera 2013

Tahun 2012 dah nak habih...mai tahun 2013 pulak ..tak lama lagi Kak Rosmah nak bubaq parlimen pasai dah cukup periodnya..sebelum sampai tarikh tu sabaq sat...kita layan Ambang Sejahtera 2013 kat Dataran Tasik Darul Aman,Jitra dulu..31 Disember ni...

       Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah adalah program tahunan Kerajaan Negeri untuk memberi ruang kepada rakyat negeri Kedah bersama meraikan sambutan Tahun Baru 2013 mengikut acuan yang tidak melanggar Syarak dan Tatasusila manusia.
        Beberapa program menarik dihoskan oleh Leman Raja Lawak bermula seawal 3 petang dengan konvoi ratusan MTB diikuti dengan konvoi motosikal kelab Alternative Riding Club(ARC) dari seluruh daerah.
 

Meneruskan acara ialah pertunjukan permainan kawalan jauh(RC)drift kereta,bot,kapal terbang dan helikopter.Bagi peminat bolasepak terutama penyokong Skuad Kenari,pihak Kedah Football Associations(KFA)mengatur satu majlis ramah mesra peminat bersama pemain Skuad Liga Perdana 2013.Sehubungan itu semua ahli kelab penyokong samada yang rasmi atau tak rasmi adalah dijemput untuk meriahkan majlis pada jam 5.00 petang itu...
 

Untuk anak-anak pulak acara sukaneka juga akan diadakan disamping pertunjukan Chingay yang popular di Pulau Pinang turut memeriahkan suasana petang tersebut.Pada sebelah malamnya,lintas langsung akan dibuat  antara negeri Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah bagi bersama berkongsi suasana sambutan di negeri-negeri tersebut diikuti dengan perutusan tahun baru daripada Menteri Besar-Menteri Besar dan Ketua Menteri.Antara sajian persembahan malam tersebut ialah persembahan Gendang Harmoni,Nasyid oleh Kumpulan Dzil Afnan dan Mestica serta persembahan istimewa daripada Ezad Lazim bekas vokalis kumpulan Exist.Acara kemuncak adalah "countdown"ke tahun 2013 yang turut disertai oleh Menteri Besar dan para Exco serta dif-dif jemputan peringkat Negeri Kedah.

PAKAT PI BAGI GHAMAI....

Warta Darul Aman

Arkib