Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, December 19, 2012

Mie Din sabotaj lagi

EQ dapat rungutan dari teman-teman kedai kopi tentang ceritera yang bermula kemarin. Menurut teman-teman yang EQ percaya, guru-guru yang mendiami kuaters guru sekitar negeri Kedah hari ni tak boleh nak mandi.

Sebabnya bekalan air kerumah mereka dipotong oleh SADA yang diketuai oleh MD.

Sebelum percaya ceritera kawan-kawan kedai kopi, EQ cuba selidik... Rupa-rupanya JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) tidak membuat pembayaran bil air selama 11 bulan kepada SADA.

Sebelum-sebelum ini pun beginilah cara pembayaran JPN iaitu bayaran sekaligus setahun di akhir tahun. Persoalannya kenapa tahun ini SADA mengenakan tindakan 'potong' ayaq keatas perumahan guru-guru ini. Pasai apa sebelum ni hang tak kacau pun, tapi la ni hang duk kacau.????

Rupa-rupanya MD yang jugak bakal calon Dun Sungai Tiang nak menjadikan modal politiknya dihadapan TPM Muhyidin Yassin.

TPM dijangka akan turun ke Kedah, khususnya Dun Sungai Tiang dalam masa terdekat. MD merancang untuk menjadikan modal politik kerajaan negeri tidak perihatin masalah asas rakyat iaitu bekalan air.

 Begitu jahatnya niat MD, mempertaruhkan kesusahan rakyat demi modal politik nya. Yang nilah dikatakan politik kotoq UMNO. Itulah ceteknya pemikiran calon BN Sungai Tiang yang dikatakan antara bakal MB jika BN kembali dapat lesen menyamun.

Yang perihatin.
Enggang Qadha

Warta Darul Aman

Arkib