Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, December 7, 2012

Lebih 50 ribu banjiri Stadium Sultan Abdul Halim

Alhamdulillah seperti dijangka lebih 50 ribu membanjiri padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk negeri Kedah. Sejak petang ribuan rakyat Kedah sudah membanjiri tempat perhimpunan mengisi program santai anak muda bersama Ustaz Azhar Idrus.
 
Selepas solat Maghrib berjemaah orang ramai mengadakan Solat Hajat memohon Allah SWT memberi kemenangan untuk perjuangan Islam. Solat diimamkan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa.
 
Kemuncak ceramah di sebelah malam ialah ucapan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Haji Mohamad Sabu dan YB Lim Kit Siang.
 






 
 
 

Warta Darul Aman

Arkib