LAPORAN POLIS TERHADAP KEDAH AGRO INDUSTRIES MARKETING
BERHAD (KAIMB) DI ZAMAN BN
Laporan Polis ini dibuat terhadap
Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB), sebuah anak syarikat milik
Kerajaan Negeri Kedah berhubung kesangsian berfakta terhadap projek Feedlot di
Paya Mat Insun, Pendang, Kedah.
Laporan ini dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber berikut:
Laporan ini dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber berikut:
i-
Pendedahan
oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Ir Hj Amiruddin bin
Hamzah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Mesyuarat Kedua Penggal
Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2013), 21 November
2012, Wisma Darul Aman, Alor Setar.
ii-
Pendedahan
dalam akhbar Harakah, Edisi Isnin, Bil.1799, 26-29 Muharram
1434/10-13 Disember 2012, mukasurat N4.
Maklumat-maklumat tersebut menyentuh
beberapa fakta yang menuntut kepada keperluan siasatan iaitu:
i.
Ia
merupakan projek di bawah KAIMB dengan infrastruktur projek dibina oleh Bina
Ekoculture Sdn Bhd melibatkan peruntukan RM 3.3 juta;
ii.
Tiada
sebarang perjanjian dibuat antara KAIMB dengan tuan tanah tempat projek
dijalankan;
iii.
Projek
tidak diusahakan KAIMB sebaliknya disewakan kepada pihak lain dengan bayaran RM
5,000 sebulan atau RM 60,000 setahun;
iv.
KAIMB
seolah-olah memberi pinjaman kepada syarikat berkenaan di mana memerlukan masa
selama 58 tahun untuk memperolehi semula modal tersebut;
v.
Aktiviti
syarikat tersebut tidak diketahui dan kini tidak lagi beroperasi selain gagal
menjelaskan bayaran sewa RM 5,000 sebulan;
vi.
Kerajaan
Negeri Kedah tidak dapat mengambil semula infrastruktur projek Feedlot itu
kerana tanah tersebut milik persendirian.
Maka
inilah laporan saya dan saya menggesa pihak polis membuka siasat atas pengaduan
ini. Berdasarkan keterangan dinyatakan, bahawa saya mendakwa wujudnya salahurus
dalam pentadbiran berkenaan hingga berlaku pengaliran dan penggunaan wang tanpa
pulangan jelas dan kesangsian berat terhadap pelaksanaan serta status projek
tersebut. Adalah perkara ini telah menyimpang dari integriti di mana berunsur
pecah amanah dan penyelewengan melibatkan sebuah syarikat milik kerajaan yang
mempunyai tanggung jawab terhadap kepentingan rakyat.