Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, December 10, 2012

Ingat para pejuang maya, sasaran kita bukan UMNO atau cybertrooper Be End



i. Najib makin tertekan

Singgah kedai makan kat pekan Changloon malam tadi hajat nak minum-minum sambil tengok bola, syok tengok gelagat para penyokong Malaysia yang ramai berbanding tengok kat rumah. Tak semena-mena bersua dengan rakan lama TS waktu study dulu. Maka kami pun mencari meja yang paling hujung untuk mengalih tumpuan daripada bola (jumpa kawan lama bola pun tinggai).

"Bila pilihanraya? macam mana harapan tawan Putrajaya?"
"Soalan pertama bila PRU tu aku dah cemuih dengag... tapi soalan kedua jarang orang tanya aku."
"Apa pasai pulak?"
"Selalu kalau orang jumpa aku, orang tanya Kedah boleh pertahan lagi ka?"
"Orang tak bincang bab Kedah, Penang, Selangor, Kelantan dah aih laa ni. Insya Allah semua tu dalam tangan... orang dok bersembang sapa nak jadi PM Anwar atau Hadi.. (gelak).."
"Nasib baik hang sebut insyaAllah.. itu 'kalimah keramat' bagi orang beriman... Putrajaya pun macam tulah...insyaAllah harapan Pakatan makin hari makin cerah."

Itulah antara dailog awal pertemuan kami dan lepas itu bersembanglah segala macam topik darai politik hingga keluarga tak sedar masa berlalu hampir dua jam dan kami pun menangguhkan persembangan setelah masing-masing menambah 1 gelas minuman.

Antara yang menarik dalam sembang-sembang itu ialah PM Datuk Seri Najib memang benar-benar berada dalam tekanan sebab di penghujung penggal dalam dok congak tarikh PRU, beberapa isu yang menekan BN muncul satu demi satu. Isu India karpet, Musa Hasan, lawyer Scorpene, perubahan Sabah muncul satu-satu. Di tambah lagi dengan Pakatan meningkatkan momentum sokongan yang digerakkan di seluruh negara.

"Tapi tekanan yang paling besar untuk Najib..." jelas rakan TS, "..ialah memutuskan calon UMNO dalam PRU. Senarai lengkap calon sudah ada di tangan Najib, setiap kerusi ada tiga nama, maklumat yang aku dapat cuma di Johor dan Melaka sahaja masalah perebutan calon paling minimum, negeri-negeri especially Kedah... memang Najib penin habis."


ii. Perang maya makin rancak

Isu berikutnya TS nak ulas ialah peperangan alam maya yang tiba-tiba menjadi semakin panas sekarang ini. Jika sebelum ini pihak UMNO Be End nampak macam bermaharaja lela di alam maya namun kini para pahlawan maya Pakatan yang selama ini menyepi muncul dengan ramainya.

Cybertrooper UMNO Be End hidup dengan wang upah berbeza dengan pahlawan maya sukarela Pakatan. Tak mesti anda blogger, jika anda ada akaun FB dan twitter anda juga adalah pahlawan maya Pakatan dengan menyebarkan maklumat tepat berhubung isu semasa yang diperlukan oleh rakyat jelata.

TS tak henti-henti akan terus mengingatkan para tentera maya Pakatan supaya bekerja dengan IKHLAS, BETUL CARANYA dan berdepan dengan SASARAN YANG TEPAT.

Sebagai iktibar TS ajak lihat macam mana cybertrooper UMNO Be End bekerja. Mereka bekerja kerana wang, no fulus blog tutup. Setiap hari mereka menjadikan penyokong tegar Pakatan sebagai sasaran. Fitnah adalah ramuan wajib, itu usah TS perincikan lagi. Setiap detik waktu berlalu mereka fikir macam mana nak hentam para pemimpin Pakatan dengan sedahsyat-dahsyatnya. Mereka akan mencari perkataan-perkataan yang paling kotor, paling lucah, paling menghina untuk dilemparkan kepada pemimpin Pakatan. Ia umpama feel penagih dadah jika hari ini mereka kena serbuk dadah biasa, besok mereka akan masukkan ubat nyamuk, lusa serbuk kalimantang, tulat taik lembu... semuanya demi penambahan kepuasan. Cybertrooper UMNO pun begitu setiap hari kita akan bertemu dengan perkataan-perkataan jijik yang diperbaharui.. paling jijik maka kepuasan mereka makin meningkat. Mereka akan mengadap komputer berjam-jam mengedit foto pemimpin Pakatan dengan idea yang 'sungguh kreatif'. Apakah hasilnya?

(Setiap hari cybertrooper UMNO akan fikirkan penghinaan yang paling dahsyat terhadap pemimpin PR)

TS tak berminat nak tahu apa yang cybertrooper UMNO Be End dapat tapi lebih fokus kepada apa yang sepatutnya pahlawan maya Pakatan buat dan dapat. Jika mahu berlawan dengan mereka maka kita awal-awal lagi akan 'kalah'.. kita pejuang Islam ada batas halal haram. Kita tak boleh buat apa yang mereka buat sebab mereka tiada pertimbangan dosa pahala. Islam tak mengajar fitnah dibalas fitnah dan maki hamun dibalas maki hamun. Mereka boleh siar foto-foto lucah setiap hari tetapi kita tidak boleh.

(Mereka akan merasai puncak nikmat apabila dapat menghina orang lain hingga ke tahap ini... tak apalah mereka tiada perhitungan halal, haram, dosa, pahala... tetapi kita orang beriman tak boleh buat begitu)

Persoalan besarnya perlukah kita berperang dengan cybertrooper UMNO Be End dan adakah mereka sebenarnya sasaran kita? Jawapannya ialah kita mesti berperang dengan mereka tetapi bukan dengan menghadap muncung senjata kepada cybertrooper UMNO Be End itu. Sasaran kita sebenarnya ialah rakyat Malaysia yang berfikir. Ulang sekali lagi... sasaran penerangan kita bukan orang UMNO tegar tetapi rakyat Malaysia yang rasional. Mereka ini yang perlu kita pengaruhi!

Jika kita mensasarkan UMNO tegar (termasuk ahli, penyokong atau para cybertrooper mereka) kita akan meletihkan diri sendiri sedangkan kita tak mendapat apa-apa hasil. Jadi jangan masuk alam cyber untuk berlawan maki hamun dengan UMNO tegar.

Kerja kita ialah post maklumat sebanyaknya dalam alam cyber yang menguntungkan Pakatan, share perkara yang baik, jawab tohmahan dengan rasional, berhujah dengan rasional dan mantop... semua info itu berguna untuk mengubah minda rakyat yang rasional. Merekalah sasaran kita kerana mereka insyaAllah jika minda mereka berjaya diubah berdasarkan fact & figure maka sasaran ke Putrajaya lebih mudah. InsyaAllah.

Warta Darul Aman

Arkib