Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, December 1, 2012

Himpunan 50K Pemuda UMNO Kedah 7 Dec batal sebab penganjur sukar nak dapat sokongan

Oleh: Tok Non

Media maya UMNO Kedah telah memukul canang seantero dunia bahawa Pemuda UMNO Kedah akan adakan 'Himpunan 50 Ribu Pemuda UMNO Kedah' pada 7 Disember 2012 di Taman Tema Tasik Bandar Darul Aman.


Tup tup maklumat yang Tok Non terima dari rakan cybertrooper UMNO, program itu terpaksa dibatalkan sebab penganjur tak yakin nak himpun sampai 50 ribu orang. Kalau mai 5 ribu pun dah besaq tuah. Apatah lagi tarikh 7 Disember itu akan ada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Icon anak muda Ustaz Azhar Idrus akan hadir, ahli-ahli Pemuda UMNO pun dijangka ramai akan ke Pentas Icon Anak Muda itu.

Sebab yang kedua ialah bajet tak turun lagi. Nak himpun 50 ribu orang kena upah satu kepala RM50 paling koman... 50,000 x RM50 = RM2.5 juta, tentulah peruntukan itu kena mai dari Najib. Maka menurut sumber tersebut, sebab itu program itu terpaksa dibatalkan.

Dalam dok tengah nazak teruk macam tu pun jangan... dalam Pesta Fitnah UMNO di PWTC bercakap berdegaq-degag dengan penuh takabur, ego, riak dan ujub nak rampas Kedah kunun.

'Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun.'

Warta Darul Aman

Arkib