Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, December 3, 2012

Festival Fitnah UMNO (PAU) beri ancaman besar terhadap Pakatan Rakyat

TERKINI! BN Bakal Menang Besar Dalam Pilihanraya Umum! Ini Buktinya!




Barangkali mengambil semangat ucapan penggulungan yang berapi dari presiden Umno, Najib Altantuya kelmarin, sebuah akhbar harian berbahasa Melayu mengadakan undian terhadap pembaca edisi dalam taliannya.

Seperti dijangka, hasilnya begitu mengejutkan!

Sehingga undian ditutup hanya 5 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.
94 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.

Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian bermula pagi semalam.


(Bancian tentang majoriti 2/3)



Presiden Umno, Najib Altantuya ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.

Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"

Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 5 % (315), Saya tidak yakin 90 % (5543) dan saya tidak pasti 5 % (291).


(Bancian tentang sokongan antara BN dan Pakatan Rakyat)



Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:

PAS 94 % (5987), Umno 6 % (351). Peratusan ini dicapai ketika bancian ditutup iaitu 6338 peserta.

Ini bermakna, Najib Altantuya sudah hampir pasti menggunakan sepenuhnya mandat kerajaan yang akan berakhir secara automatik 28 April tahun depan.

Ia sekaligus membuktikan bahawa ucapannya tidak sedikitpun menggerakkan kembali sokongan orang Melayu terhadap Umno malah orang Melayu pula semakin menjauhkan diri dari parti reput itu menjelang pilihanraya umum kurang enam bulan dari sekarang.
 
(Petikan blog Jalan Pulang dan dikemaskini)

Warta Darul Aman

Arkib