Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, December 20, 2012

Cerita MB Kedah pi makan angin di Mesir terbongkar!!

 

Lawatan Menteri Besar ke Mesir teroka banyak manfaat

 

KAHERAH – Lawatan rasmi Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, selama lima hari ke Kaherah berjalan dengan lancar dan teratur. Beberapa lokasi lawatan serta perjumpaan yang telah diatur secara tidak langsung memberi impak terbaik kepada kerajaan negeri khususnya.

Antara tempat menarik dilawati dalam usaha mempelajari teknik menjayakan objektif menjadikan Kedah Belanda Timur ialah Wadi Natrun iaitu sebuah kawasan padang pasir yang dibangunkan sebagai sebuah ladang pertanian yang subur menggunakan teknologi pertanian terkini. Pelbagai jenis tanaman di tanam disini untuk makanan dalam negeri dan dieksport.

Ustaz Azizan dibawa melawat ladang limau milik keluarga bekas seorang menteri di Mesir. Ladang tersebut berkeluasan 360 ekar ditanami dengan 120 jenis limau. Rombongan Menteri Besar yang turut disertai oleh CEO Kumpulan Ladang Perbadanan Kedah, Rosli Saad tertarik untuk mempelajari teknik-teknik perladangan berskala besar. Rombongan diberi taklimat panjang lebar mengenai kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk pertanian yang berkualiti dan produktif.


Di kawasan padang pasir yang tandus, mereka menggunakan sumber air bawah tanah yang digali kira-kira 300 meter untuk mengairi tanaman. Tanaman di ladang berkenaan dapat disiram dengan air yang siap dibekalkan dengan baja melalui saluran paip. Buah-buahan yang dihasilkan sangatlah subur dan lazat dimakan.

Ladang berkenaan mula ditanam pada tahun 2009 dan dituai pada tahun 2011. Pada tahun 2012, ianya telah memasuki untuk fasa ke dua. Selain untuk pasaran tempatan, ianya juga dieksport ke luar negara.

Walaupun lokasi sasaran agak jauh dari penginapan dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk sampai namun kepenatan ahli rombongan terubat apabila melihat kehijauan pohon-pohon tanaman di situ. Selain ladang limau, rombongan juga dibawa melawat ke tapak semaian pokok mentimun. Kawasan yang begitu luas itu ditanami dengan beribu-ribu pokok mentimun yang juga untuk pasaran dalam dan luar negara. Menteri Besar serta rombongan mengambil masa kira-kira hampir dua jam meninjau ladang-ladang berkenaan.

Sebagai Menteri Besar yang cintakan pendidikan, beliau tidak melepaskan peluang membuat kunjung hormat Rektor Al-Azhar di Universiti Al-Azhar Haiyu Sadis. Banyak perkara yang dibincangkan bersama rektor berkenaan khususnya untuk kebaikan pelajar-pelajar Kedah di universiti berkenaan di samping mengambil pengalaman beliau untuk memajukan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di sini.


Perbincangan agak serius ditumpukan berhubung isu pengwujudan Pusat Pengajian Bahasa Arab di negeri Kedah dan ia telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Universiti Al-Azhar. Ustaz Azizan menerangkan bahawa pihaknya telah membina sebuah Pusat Pengajian Bahasa Arab yang antara lain boleh dimanfaatkan sebagai pusat penganjian intensif bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.


Peluang berada di sana, tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). Satu perjumpaan secara formal telah diadakan bersama pelajar-pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar sekitar Mesir. Majlis tesebut diadakan di Fustat’ Hall, Al-Azhar Conference Centre, Cairo ( ACC) dan dihadiri kira-kira 600 para pelajar Kedah dan termasuk ahli keluarga tenaga pengajar. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh para pelajar khususnya berhubung isu kebajikan mendapat perhatian dari Menteri Besar.

(Gambar di atas sekali, MB bersama anak perempuannya Rahmah)

Warta Darul Aman

Arkib