Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, December 4, 2012

BN Kedah rugikan RM400 juta wang rakyat!!!


SENARAI ‘BIAWAK HIDUP’ TINGGALAN BN KEDAH 
(DIKEMASKINI)


Senarai projek di mana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ‘pikul biawak hidup’ akibat onar yang dibuat kerajaan BN dahulu.


1) Yayasan Islam disaman RM11 juta

Akibat penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini, maka Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKed) di bawah kerajaan negeri Kedah kini diperintahkan mahkamah membayar sebanyak RM11 juta kepada Syarikat Senisinga Sdn. Bhd.

YIKed di bawah pemerintahan yang lepas gagal menyelesaikan masalah tanah yang telah dipersetujui bersama, dalam projek besar yang dimulakan di zaman Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar.

Long Island Development Sdn Bhd (syarikat bersama YIKed + Long Island Properties) bertanggungjawab tebus tanah yang digadai kepada Southern Bank Berhad, tapi gagal tebus lagi 16 keping tanah.

Atas ‘arahan politik’ walaupun tanah tersebut belum dimiliki Pejabat Tanah Galian dah keluar surat hakmilik dan ubah syarat, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Exco. Jadi, satu tanah ada dua hak milik. Maka Syarikat Senisinga Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL) Southern Finance Berhad pun menyaman YIKed RM11 juta dan mereka berjaya di mahkamah.

YIKed dilaporkan telah membayar sebanyak RM300 ribu bermula 27 Ogos 2012 lepas dan bakinya akan diselesaikan secara ansuran sehingga 15 Ogos 2013.

2) RM6.15 juta hilang, RM2.16 juta disaman projek udang

Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun bersama seperti dalam perjanjian.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi? Inilah baru penyelewengan namanya dan polis mesti siasat ke mana perginya duit itu. Adakah ia masuk ke dalam kantung dana politik UMNO?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta.


3) Kerajaan negeri akan disaman RM22 juta

Sebuah syarikat besar dalam proses menyaman kerajaan negeri Kedah sebanyak RM60 juta ekoran kegagalan projek Jerai International Park pada masa Tan Sri Osman Aroff menjadi menteri besar. Syarikat itu dikatakan mendapat pembiayaan dari pihak tertentu di Qatar untuk projek JIP.

Kerajaan pada masa itu melalui Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut. Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan.

Kerajaan negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.


4) Gagal Projek 990East Langkawi rugi RM48 juta

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana PKB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Mengapa benarkan pihak asing kuasai pemilikan sampai 80 peratus?

Isu besarnya ialah tanah yang dimasukkan dalam perjanjian itu bukan milik KCB. Terpaksa buat pengambilan terhadap tanah pihak lain yang bukan milik kerajaan negeri, termasuk individu. Terpaksa membayar pampasan pertanian, bangunan dan sebagainya yang melibatkan kos yang terlalu besar sedangkan tidak semua kos tersebut dinilai semasa penilaian agihan saham. KCB juga dikatakan akan membina ‘mahligai’ bernilai RM5 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian, kini harga cecah RM9 juta). Nilai untuk semua kos, termasuk kos luarjangka yang sangat besar itu, premium tanah sahaja RM39 juta; KCB hanya mendapat 20 peratus saham.

Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.2 billion.


5) Beban dan rugi Seri Temin RM25.6 juta

Syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) di masa BN telah membuat pembayaran di bawah item ‘sumbangan’ sebanyak RM8 juta. Daripada jumlah itu RM7.5 juta tidak mendapat pengecualian cukai kerana sumbangan kebanyakannya dibuat untuk membiayai aktiviti politik UMNO. STDC di bawah PR kena jelaskan cukai RM3.1 juta dan penalti RM1 juta kerana pengurusan lama lambat bayar cukai tanpa rebat pengecualian. Dibebankan pula dengan tuntutan hutang oleh pihak pembekal lebih RM14 juta sehingga memaksa syarikat tersebut hampir gulung tikar.


6) Logi air Padang Sanai & Lubuk Buntar rugi RM145 juta

Kerajaan negeri di zaman BN menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai oleh kerajaan Pusat, sebaliknya mahu status pinjaman.

Pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi harganya RM65 juta. Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat. Mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian.


7) Perjanjian dengan Taliworks Langkawi rugi RM125 juta

Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, bermakna RM125 juta untuk lima tahun.


8) Kemusnahan alam projek kuari Gunung Jerai

Terma perjanjian berat sebelah (menguntungkan pemaju) dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan.

Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.


9) Kompleks MPSPK lesap RM10 juta kerja tak jadi

Kerajaan BN pimpinan Mahdzir Khalid telah meluluskan pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga siling RM40 juta, dinaikkan menjadi RM46 juta oleh Pegawai Kewangan Negeri pada masa itu. Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB) selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan kerja kepada syarikat rakan MB, Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai, menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar. Kerajaan kini yang menanggung kerugian yang dibuat oleh BN.


10) Projek balak laluan TEKIH hilang RM3 juta

Dalam projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH) dari Durian Burung ke Baling, terdapat beberapa jajaran jalan baru yang menempuh kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu diserahkan oleh MB BN kepada KCB. Datuk Tajul Urus Md Zain dan menantunya yang bertugas di KCB menguruskannya. KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan balak itu. Di hujung cerita (apabila PR mengambilalih Kedah Mac 2008), sebuah site office kontraktor jalan dibakar bersama sebuah kereta dan semua dokumen berkaitan kawasan balak yang sudah menjadi jalan itu. Sehingga ini rekod pembalakan yang dianggarkan lebih RM3 juta itu hilang.


11) Projek Feedlot di Pendang lesap RM3.5 juta

Projek Feedlot di Pendang adalah di bawah KAIMB serta dibina oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd dan melibatkan RM3.5 juta dan tiada sebarang perjanjian yang diadakan bersama tuan tanah.

Setelah dibelanjakan sejumlah wang berkenaan, agak mengejutkan kerana projek itu hanya disewa dengan syarikat lain dengan bayaran RM60 ribu setahun.

Kalau KAIMB nak dapatkan semula kos RM3.5 juta itu KAIMB kena sewa kepada mereka selama 58 tahun. Sekarang syarikat berhenti beroperasi dan sewa RM5 ribu sebulan tidak dibayar. Insfrastruktur yang ada di kawasan berkenaan pun tidak boleh diambil kerana tanah berkenaan milik orang serta tiada perjanjian dibuat dengan tuan tanah.


12) Tambah harga RM2 juta ubahsuai Seri Mentaloon

Majlis Mesyuarat Exco (MMK) di zaman BN tetapkan kerja mengubahsuai kediaman rasmi MB iaitu Kompleks Seri Mentaloon dengan harga siling RM5 juta. Semasa pembinaan syarikat Seri Temin Development Corporation menaikkan harga tanpa persetujuan MMK menjadi RM7 juta. Lebihan RM2 juta itu terpaksa dibayar di zaman Pakatan mentadbir.


Jumlah anggaran kerugian keseluruhan:

1) Yayasan Islam                                    RM11 juta


2) projek udang Kerpan                          RM8.31

3) Jerai International Park                      RM22 juta

4) Projek 990East Langkawi                  RM48 juta

5) Seri Temin                                         RM25.6 juta

6) Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar   RM145 juta

7) Taliworks Langkawi                          RM125 juta

8) Kuari Gunung Jerai                           (tiada anggaran)

9) Kompleks MPSPK                             RM10 juta

10) Projek balak laluan TEKIH             RM3 juta

11) Projek Feedlot di Pendang              RM3.5 juta

12) Ubahsuai Seri Mentaloon                RM2 juta

JUMLAH                                             RM403.41 juta




Warta Darul Aman

Arkib