Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, December 20, 2012

Berapa orang Melayu menang pemilihan MCA?




Oleh: Saiburi Sudin

Ada dua isu besar yang dimainkan oleh media UMNO. Pertama isu DAP, kedua isu kafir-mengkafir. Dalam isu DAP, parti itu ditempelak kerana semua 8 calon Melayu yang bertanding Jawatankuasa Eksekutif Pusat kalah dalam pemilihan.

UMNO sebagai parti busy body cukup 'prihatin' dengan pemilihan dalam parti Pakatan Rakyat. Dulu masa pemilihan Timbalan Presiden tolong kempen untuk Nasharudin Mat Isa, bila Nasha kalah beberapa minggu media UMNO meracau. Kali ini meroyan pasai calon Melayu kalah dalam pemilihan DAP pulak.

Sepanjang sejarah DAP dianggap parti perkauman Cina oleh UMNO dan memang DAP pun tidak pernah meletak calonnya di kawasan majoriti orang Melayu. Jika persaingan PAS ialah UMNO maka persaingan DAP ialah MCA. Bila UMNO dok sibuk tanya mengapa calon Melayu kalah pemilihan DAP, maka SS nak tanya balik berapa orang Melayu menang pemilihan MCA? Tentu UMNO penin tak boleh jawab sebab hakikatnya MCA lebih rasis dari DAP. Sekurang-kurangnya DAP buka keahlian kepada Melayu dan ada yang dilantik dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Tetapi MCA, jangankan jawatan kepimpinan tertinggi... Melayu nak jadi ahli pun tak boleh.

Haa.. UMNO dah penin tak reti jawab... he he.

Warta Darul Aman

Arkib