Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, December 21, 2012

Alhamdulillah... inilah faedahnya bila PAS kuat

 
Lawatan Sambil Kerja YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kedah adalah untuk 'meminta nyawa' dari rakyat negeri ini ada jugak faedahnya. Perkara yang tak pernah berlaku sewaktu PAS jadi pembangkang di Kedah dahulu ialah, bantuan datang dari kerajaan Pusat untuk sekolah agama dan maahad tahfiz. Kini apabila PAS kuat dan dapat memerintah negeri, BN merasa kedudukan mereka tergugat maka bantuan pun datang untuk sekolah agama. Jadi sapa kata bila PAS kuat maka rakyat tak dapat faedah?



 
(Turut hadir menyambut kedatangan Muhyiddin ialah bekas Timbalan PJ PAS Kedah, Dato' Haji Mohd Muslim Othman... terima kasih Dato' dengan depa ni kena 'berlakon' sikit, tak apa yang penting manfaat untuk sekolah agama)
 
Ada pengetua yang terkekut berok bila dimaklumkan bahawa PM akan turun hulur peruntukan tetapi akhirnya percaya jugak, bila ada jemputan rasmi mereka percaya dan tak ada masalah untuk menghadirkan diri kalau itu syarat peruntukan diterima. Nak segan apa itu duit rakyat bukan duit Muhyiddin.
 
(Kedatangan TPM disambut konvoi oleh kira-kira 8 orang anak muda)

Dalam lawatan TPM ke Sekolah Menengah Agama Al-Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih terkenal dengan nama Pondok Pak Ya sebanyak 12 Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 600 Ribu serta 7 Sekolah Tahfiz yang mendapat sumbangan sebanyak RM 240 Ribu keseluruhannya. Kira apa Ustaz, depa bagi duit ambik tapi PRU nanti insyaAllah semua sekolah agama di Kedah macam sedia dimaklumilah kannn... bagi duit ambik, undi untuk Pakatan.
 
Alhamdulillah inilah faedahnya bila PAS kuat! Baru tawan 5 negeri banyak manfaat rakyat dapat, kalau dapat tawan Putrajaya terus... boleh bagi terus peruntukan dekat rakyat tak payah tunggu BN lagi dah.

Warta Darul Aman

Arkib