Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, November 30, 2012

UMNO dijangka pupus macam komunis Soviet Union tiga bulan selepas Pakatan tawan Putrajaya


Oppp, takutnya dengan amaran demi amaran yang mula dikeluarkan bos United Malays National Organisation (Umno), petanda parti reput itu kian terdesak mengekalkan kuasa yang kini makin hilang depan mata!

Ugutan presiden Umno sebentar tadi bahawa Malaysia kononnya akan hilang kedaulatan dan musnah ekonomi tiga tahun selepas Pakatan Rakyat memerintah, Najib Altantuya memberi amaran.

Menurut presiden Umno itu, jika janji-janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara kunun akan musnah seperti Greece.
“Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.
“Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.
“Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasar presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Menurut Najib Altantuya, senarai janji-janji Pakatan Rakyat tidak logik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.
“Jika disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM4000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri.
“Mana mungkin semua itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara,” katanya.
Najib Altantuya turut menempelak ketua pembangkang, Anwar Ibrahim kerana mahu melibatkan Australia dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
“Sebab itulah tanpa segan silu mereka mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan berkenaan hanya mengaibkan negara dan menghina intelek rakyat Malaysia.
“Tidak perlulah kita libatkan orang asing untuk menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden sampai sanggup mengkhianat bangsa dan tanahair.
“Dah lebih separuh abad pun kita merdeka ... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihanraya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi,” konon Najib Altantuya lagi.
Perhimpunan Agung Umno ke-66 berlangsung dari 27 November sehingga 1 Disember, merupakan persidangan terakhir sebelum pilihanraya umum yang dijangka diadakan sekitar Mac tahun depan.
2,722 perwakilan parti tersebut dari seluruh negara berhimpun bagi mendengar amanat pimpinan tertinggi Umno menjelang pilihanraya paling sengit dalam sejarah sejak krisis pemecatan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim pada 1998 memaksa Umno cuma diselamatkan undi kaum bukan Melayu ketika pilihanraya umum setahun kemudian.
Ucapannya yang cukup lemah itu disifatkan penganalisis sebagai hanya menyalahkan pihak lain tetapi tidak memberi apa yang rakyat mahukan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup di seluruh negara.
Nuffnang Ads

Warta Darul Aman

Arkib