Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 18, 2012

UMNO adalah pengkhianat terbesar Melayu!!!

Umno sebenarnya pengkhianat Melayu, raja dan Islam

Salmiyah Harun,18 Nov 2012
KOTA BHARU: Menyedari hakikat Umno hanya perlu menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan Melayu, Agama dan Raja untuk menunjukkan mereka memperjuangkan Melayu, PAS harus memperhebatkan siri penerangan pengkhianatan Umno.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad (gambar) ketika membahaskan usul ini, berkata Umno BN akan menggunakan pendekatan dengan apa cara sekali pun tanpa menghirau soal dosa dan pahala, tanpa mengira isu yang dibangkitkan benar atau salah.

"Minggu depan, Umno akan melaungkan hidup Melayu dalam perhimpunan mereka, hakikatnya di luar Umno seperti pencuri menjerit pencuri," katanya ketika mengemukakan usul berkenaan.

Tambahnya, Umno sedar sokongan rakyat kepadanya semakin merosot menjelang PRU-13 malah tongkat saktinya MCA dan MIC sudah patah bagi menarik sokongan orang bukan Melayu kepada BN.

Beliau menggesa PAS wajar mempergiatkan siri pengkhianatan Umno melalui pelbagai medium seperti ceramah, risalah, banner dan menafaatkan media baru seperti Facebook, dan tweeter.

Idris Ahmad turut menyebut lebih 20 pengkhianatan Umno terhadap Melayu termasuklah menggadainya kira-kira 1.3 billion tanah orang Melayu pada tahun 1995.

"Banyak tuan-tuan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu, inilah yang perlu kita perhebatkan, kita harus sedarkan orang Melayu.

"Umno sering kata dialah tulang belakang Melayu, ya... memang tulang belakang sebab isinya sudah diambil untuk kenyangkan perut," katanya  di hadapan kira-kira lebih 2000 perwakilan dan pemerhati di Putik.

Usul ini juga, katanya wajib disokong untuk menyakinkan pengundi Melayu bahawa PAS mampu menjaga Melayu lebih baik daripada Umno.

Malah menurut Idris, PAS dituntut menerangkan pembohongan Umno yang mengatakan bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang.

"Sedangkan kerusi majoriti bukan Melayu hanya 45 kerusi sahaja, jika dimasuk kerusi Sabah dan Sarawak hanya 69 kerusi daripada 222 kerusi," katanya.

Justeru, beliau turut mengajak para perwakilan agar menerangkan kemampuan PAS yang memerintah negeri Kelantan selama 22 tahun, sehingga mampu menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat walaupun dinafikan hak oleh kerajaan.

Sementara itu, Perwakilan Johor Normala Sudirman yang turut membahaskan usul itu berkata, Umno semakin mencengkam kakitangan kerajaan di saat-saat menghadapi pilihan raya.

"Termasuklah memberi hukuman kepada guru-guru dengan menukar mereka di saat-saat akhir, memecat mereka tanpa sebab yang munasabah.

"Inilah kegusaran Umno bila sedar sokongan untuk mereka sudah merosot, Umno semakin cengkam kakitangan awam," katanya.

Warta Darul Aman

Arkib