Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, November 6, 2012

"Saya bawa duit dalam tong, hantar ke rumah MB..." -Lim Teo Huat



Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah Menteri Besar Mahdzir Khalid. Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu.

Lim terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB). Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007.

"Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain... tak pasai-pasai saya 'masuk dalam' depa (penyonglap) dok syok kat luaq..." kata Lim penuh keberanian.

Warta Darul Aman

Arkib