Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, November 1, 2012

Ramai tak tahu Seri Temin dah kena tutup… nak tau sebab apa, mai baca ni



Tak habis-habis pikul bewak hidup tinggalan BN...
Oleh: Tok Non


Pada 2007 (di zaman BN) Seri Temin Development Corporation - STDC mengalami kerugian sebanyak RM2.56 juta, manakala pada 2008 kerugiannya ialah sebanyak RM144,467.00. Kerugian tidak boleh dibebankan sepenuhnya kepada pengurusan baru kerana mereka mengambilalih selepas tiga bulan tahun 2008.

  Pada tahun 2009 keuntungan STDC ialah RM333,978.00 dan tahun 2010 keuntungan sebanyak RM826,110.44.

Tahukah anda bahawa sebaik PR ambil alih STDC terdapat tunggakan cukai LHDN sebanyak RM3.1 juta dan penalty lambat bayar RM1 juta. Sepatutnya cukai sebanyak itu boleh ‘dijelaskan’ dengan mudah menggunakan rebat pengecualian cukai terhadap item sumbangan.

STDC di zaman BN telah menyumbang sebanyak RM8 juta, namun RM7.5 juta darinya tidak termasuk dalam sumbangan yang mendapat rebat cukai. Sebabnya RM7.5 juta tu bukan disumbang kepada badan kebajikan atau sebagainya tetapi kepada UMNO untuk membiayai program UMNO! Pengerusi Lembaga Pengarah STDC ialah Dato' Seri Mahdzir Khalid. Macam mana nak dapat rebat cukai. Orang PR yang kena bayar bebanan tinggalan BN.

Satu lagi sebab keuntungan besar tidak dapat dicatatkan sejak PR ambil-alih STDC ialah kerana bebanan hutang yang terlalu banyak. Menariknya ialah ia muncul satu demi satu dalam bentuk tuntutan menggunakan syarikat guaman atau terus saman di mahkamah. Mula-mula tu boleh tahan jugak tapi bila masuk 2011 tuntutan hutang mai million-milon. Semua tuntutan hutang tinggalan BN berjumlah lebih sikit RM14 juta!! Ulang dengan perkataan AR EM EMPAT BELAS JUTA!!!!!

Akhirnya pihak pengurusan memutuskan menutup STDC akibat tak larat nak tanggung biawak hidup… begitulah adanya.

Warta Darul Aman

Arkib