Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 4, 2012

Projek Sakit 1: RM6.15 juta peranyut dalam tong udang, Pemuda PAS buat laporan SPRM


Oleh : HATI WAJA



Berikutan pendedahan ‘projek sakit’ kerajaan kedah semasa pemerintahan UMNO/BN yang didedahkan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alor Setar, Kedah.

Pendedahan berkenaan telah diadakan pada 23 Oktober 2012, bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Oleh itu memandangkan kecuaian yang dibuat oleh pemerintah Kedah terdahulu terhadap amanah kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kepada rakyat untuk memastikan penyelewengan tersebut disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, untuk pertamanya akan memfailkan laporan berkenaan kerugian ternakan udang di Kerpan yang melibatkan kehilangan RM6,156,397.00  juta dan didapati tidak dimasukkan ke dalam akuan syarikat berkaitan.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, akibat kehilangan sejumlah wang berkenaan, kerajaan negeri terpaksa menanggung RM 2.61 juta saman dari syarikat  KASB ke atas KAIMB.

Projek ternakan udang di Kerpan dimulakan sejak tahun 1990an semasa era pemerintahan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan ekoran itu satu perjanjian pengurusan bertarikh 27 Disember 2007 dibuat antara KAIMB dan Kedah Aquaculture Sdn.Bhd (KASB). Pada tahun 2012 KASB telah diambil alih oleh SKS Reality Sdn. Bhd.

Kata beliau lagi, laporan ini adalah permulaan kepada beberapa lagi “ projek sakit“ kerajaan kedah dahulu  dan selepas ini akan menyusul laporan untuk seterusnya.

Hati Waja : kemana hilangnya RM6.15 juta itu? Adakah ianya tenggelam bersama tong-tong udang dan dihayutkan ke laut, adakah ia hilang bersama badai yang meniup sepoi-sepoi bahasa di kolam udang berkenaan, adakah ianya hilang bersama deraian serta linangan air mata penduduk Kerpan setelah tanah mereka diambil oleh kerajaan.

Jawapannya tentu ada..terutamanya di mantan Menteri Besar dahulu, Dato’Mahdzir Khalid. Sekarang kita tunggu siasatan SPRM..tapi apa yang kita harapkan SPRM  buat siasatan secara telus dan bertanggungjawab..kalau tidak SPRM jawab di hadapan Allah kelak..kerana bersubahat melindungi orang yang makan harta rakyat.

JADI...APA LAGI...TAKKAN LEPAS NIE..NAK BAGI BALIK MALAUN-MALAUN TU..PERINTAH KEDAH LAGI...PERANYUT TERUS...SEPERTI MANA DUIT UDANG KERPAN YANG DIPERANYUT DALAM TONG UDANG.... 

Warta Darul Aman

Arkib