Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, November 20, 2012

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan puji usaha Kerajaan Negeri memajukan pendidikan





Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Usaha kerajaan negeri dalam memajukan bidang pendidikan dan pembangunan insan yang merangkumi semua kumpulan umur mendapat pujian Tunku Bendahara Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah), Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Tumpuan kerajaan untuk memajukan bidang pendidikan dan pembangunan insan adalah langkah yang tepat.

“Kemajuan negeri ini dalam jangka panjang bergantung kepada tenaga manusia yang berilmu, amanah dan patriotic, saya sangat sukacita dengan program pembangunan pendidikan yang dirancangkan oleh kerajaan yang lengkap untuk semua kumpulan umur iaitu daripada tahap pra sekolah, sekolah menengah dan peringkat pendidikan tinggi.

“Usaha seperti ini bakal melahirkan tenaga kerja yang berkualiti untuk keperluan ekonomi masa hadapan” ujar beliau dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Mesyuarat Bajet 2013 yang diadakan di Wisma Darul Aman, di sini.

Selain itu, beliau turut berbangga dengan perkembangan yang berlaku terhadap Kolej Universiti Insaniah.

“Perkembangan yang berlaku kepada Kolej Universiti Insaniah adalah membanggakan, sebagai institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri, Kolej Universiti Insaniah telah berjaya menjadi universiti pilihan kepada 6,000 pelajar tempatan dan 1100 pelajar antarabangsa.

“InsyaAllah, pada tahun hadapan Kolej Universiti Insaniah akan berpindah ke kampus tetap yang moden di Kuala Ketil.

“Saya percaya kemudahan yang disediakan bakal melonjakkan nama Kolej Universiti Insaniah sebagai institusi yang tersohor bukan sahaja dalam bidang pengajian Agama Islam malahan dalam bidang kewangan, multimedia, kejuruteraan, perubatan dan sains kesihatan.

“Saya menyeru agar pengurusan Kolej Universiti Insaniah terus berusaha meningkatkan kemasukan pelajar baru samada pelajar tempatan ataupun antarabangsa dan yang lebih utama ialah mempertingkatkan program akademik agar Kolej Universiti Insaniah dinaiktaraf sebagai sebuah Universiti,” jelas beliau.



Warta Darul Aman

Arkib