Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 4, 2012

Pemuda PAS seluruh Kedah lapor polis isu kehilangan RM6.15 juta duit untung udang Kerpan di zaman BN


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Dewan Pemuda PAS Padang Terap mendahului 15 kawasan PAS seluruh negeri Kedah membuat laporan polis terhadap kehilangan RM6.15 juta duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007, zaman MB Mahadir Khaled.

Sebelum itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat laporan penyelewengan ke pejabat SPRM Alor Setar.
Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama. KASB tidak dibayar satu sen pun keuntungan. Rupanya duit itu juga tidak dimasukkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan. Ke mana duit keuntungan sebanyak RM6.15 juta itu pergi?

Pada 5 Jun 2012 Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak RM2.16 juta. Nama kerajaan negeri Kedah tercalar dalam laporan Audit 2011, sedangkan ia adalah angkara ‘pencuri’ yang bermaharajalela dalam kerajaan terdahulu.

Mengikut khabar angin, duit tunai RM6.15 juta itu telah dicuri dengan dimasukkan dalam tong ikan dan diserahkan kepada pihak tertentu, dipercayai pemimpin UMNO.

Warta Darul Aman

Arkib