Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, November 8, 2012

PAS 'hanya tahu ceramah'... BN hanya tahu menyamun!!!



Oleh Mat Kering Bakaq Bata

Nak tergelak MK baca kenyataan Tok Mat Bashah dalam Sinar, 'PAS hanya tahu berceramah' ekoran kenyataan Setiausaha Lajnah Penerangan sehari sebelum itu bahawa PAS akan buat road show mendedahkan 10 penyelewengan besar BN yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kini.

Sepatah pun dia tak jawab pasai isu penyelewengan tu tapi dia 'salahkan' tindakan PAS mendedahkan penyelewengan BN. Memang betoi pun kenyataan Mat Bashah tu, PAS tahu berceramah sebab PAS tahu semua penyelewengan BN. Kalau PAS tak tahu penyelewengan BN macam mana nak ceramah. BN pulak bab nak ceramah memang tak pandai tapi kalau songlap duit, menyamun duit rakyat JUARA laa!

Jom kita pakat pi dengaq ramai-ramai pendedahan penyelewengan BN dalam mana-mana ceramah yang dianjurkan di tempat anda. Ingat... Jangan Serah Kedah Dekat Penyamun!!!

Warta Darul Aman

Arkib