Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, November 12, 2012

Mokalau tengok sambutan rakyat... InsyaAllah, tak nampak laa kata BN nak ambik balik


Pelbagai kaum sambut Menteri besar di Program Mesra Rakyat Daerah Kulim


PADANG SERAI – Program Mesra Rakyat di DUN Merbau Pulas meriah serta mendapat sambutan dari semua lapisan masyarakat. Kira-kira tiga ribu pengunjung membanjiri pekarangan Masjid An-Najah, Pekan Padang Serai, bersama-sama meraikan majlis tersebut selain ingin bersua muka dengan pemimpin dengan lebih dekat lagi.



Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak itu turut menyaksikan beberapa sumbangan disampaikan termasuk sumbangan Deepavali kepada 150 orang penerima.
Selain penyampaian sumbangan kafalah, bantuan am JKM dan sumbangan basikal kepada kanak-kanak sekolah, sebanyak RM247,688.00 telah disumbangkan untuk projek pertanian yang melibatkan Program Pembangunan Industri Tanaman Padi serta Tanaman Buah-buahan meliputi beberapa kawasan yang dikenal pasti di Padang Serai.


Sempena majlis berkenaan, Menteri Besar turut dibawa melawat Pusat Ternakan Puyuh di Kampung Teluk Biru dan Kebun Salak di Kampung Tanjung Belit, Sidam Kanan. Selain itu disebelah petang, aktiviti ziarah wakil rakyat ke rumah rakyat miskin, ibu tunggal serta pesakit kronik dan disertai oleh exco-exco, wakil rakyat dan ahli parlimen. Sebanyak sebelas lokasi terpilih untuk dilawati dan di samping melawat dan bertanya khabar, sedikit sumbangan juga dihulurkan kepada mereka sebagai buah tangan.


Selain lawatan, Majlis Pecah Tanah, tapak surau Al-Muttaqin, Taman Lagenda Fasa1 dan 2 turut disempurnakan sempena majlis berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Agama,YB Dato’Mohamed Taulan Mat Rasul berbesar hati menyempurnakannya menggantikan Menteri Besar.
Kanak-kanak dan wanita juga tidak ketinggalan memeriahkan program. Antaranya diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra-sekolah di samping pertandingan gubahan coklat dan jahitan manik untuk kaum wanita. Hadiah-hadiah untuk pemenang disampaikan oleh Adun Merbau Pulas, YB Dato’Ustazah Ashah Ghazali.Di sebelah petang juga diadakan pertandingan bola sepak antara Veteran Kedah dan pasukan pilihan Padang Serai diadakan di Padang Taman Serai Wangi.

Kehadiran YAB Dato’Seri DiRaja disambut meriah serta diiringi konvoi bermotor dan alunan gendang silat. Majlis juga turut dihiburkan dengan persembahan tiga kaum iaitu Silat Melayu, Gendang India dan Tarian Singa. Sebanyak lima ekor burung merpati dilepaskan sebagai gimik perasmian.
Majlis diadakan di Pekarangan Masjid An-Najah, Pekan Padang Serai dan turut diserikan dengan pameran-pameran dari jabatan kerajaan serta pemeriksaan kesihatan percuma  dan derma darah dari jabatan kesihatan.

Warta Darul Aman

Arkib