Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, November 2, 2012

Mengapa UMNO beriya-iya pertahan Akashah Ismail?

Oleh: Saiburi Sudin

Penyokong UMNO yang pertama sekali mempertahankan bekas CEO Kedah Corp. iaitu Akashah Ismail ialah Zamil Ibrahim. Kenyataannya tersiar dalam lidah rasmi UMNO iaitu akhbar Utusan Meloya. Ia mermberi isyarat yang jelas bahawa dalam isu kerugian balak di Papua, Be End mempertahankan Akashah.

Kini hampir semua media maya Be End muncul mempertahankan kegiatan Akashah. Pelbagai hujah diberikan bahawa Akashah tidak bersalah tetapi yang 100 peratus bersalah ialah Menteri Besar, Ustaz Azizan.

SS bersikap adil tidak akan mempertahankan siapa yang bersalah dalam isu kerugian projek balak di Papua. Sebab tu SS bersama Pemuda PAS Kuala Kedah buat report haritu desak polis dan SPRM siasat siapa bersalah dalam berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, heret mereka ke muka pengadilan. Tak kira dia bernama Azizan Razak, Akashah atau sesiapa saja.

(SS bersama rakan-rakan membuat laporan polis dan SPRM desak diambil tindakan terhadap penyeleweng)

SS rasa kalau MB yang dilihat ada kes untuk disabitkan, maka SPRM atau polis akan terkam dekat Ustaz AAzizan laju roket Apollo sebab yang akan diheret ke mahkamah nanti ialah MB PAS. tapi kalau selepas 5 hari bekerja, siasatan belum dilakukan maka menang tiada kes depa nak siasat.

SS buat kajian sebab apa UMNO pertahankan Akashah, maka dapat jugak jawapan sudahnya. Orang yang deal dengan Akashah projek balak itu ialah Datuk Manaf Abd Hamid, tuan punya MAS Corporated. Rupanya Datuk Manaf ni adalah ahli UMNO tulen, zaman Tan Sri Osman Aroff dulu dia adalah orang kuat Penerangan UMNO Kedah.

Jadi UMNO menyebelahi Akashah kerana hubungannya dengan Datuk Manaf UMNO tu. Maknanya pertahan kongkalikong Akashah atas dasar keUMNOan Datuk Manaf.

Apa-apa pun bagi SS, Ustaz Azizan tetap bersalah dalam isu kerugian  balak di Papua sebanyak 6.4 juta (bukan RM13 juta seperti diautakan oleh BN). Sebabnya dia percaya dengan orang UMNO tu buat apa, sebab dalam mengemukakan proposal, pandangan atau idea Ustaz Azizan kena ingat realiti bahawa... Sebaik-baik orang UMNO baru sama dengan sejahat-jahat orang PAS. Kalau dah mai dari UMNO jangan dok percayalah.

SS nak minta cai-cai UMNO tolong jawab atau tolong pertahankan tindakan Akashah. Mengikut laporan Audit itu dia telah mengeluarkan cek RM10 ribu (nilai cek untuk RM10 ribu dan ke bawah boleh ditandatangani oleh CEO seorang)... nak tahu berapa keping? 150 keping X RM10 ribu = RM1.5 juta. Tidakkah perbuatan ini adalah menipu secara moral, sekalipun legallynya sah?

Setakat ini dulu... sementara SS menanti jawapan dari cai-cai UMNO.

Warta Darul Aman

Arkib