Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, November 24, 2012

Mari kita lihat bagaimana BN MENIPU RAKYAT dalam isu Bajet Kedah 2013



Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar beliau menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM502 juta, pembangunan RM277 juta dan pengurusan air RM348 juta. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta.

Pada masa itu tiada seorang pun ADUN pembangkang (PAS) yang menempelak kerajaan negeri kerana berbelanja sehingga melangkaui 'defisit' sebanyak RM643 juta. Sebabnya mereka tahu membaca laporan bajet.

Lucunya seorang ADUN pembangkang (sekarang BN) iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad mempersoalkan jangkaan hasil RM640 juta dalam Bajet 2013 sedangkan perbelanjaan ialah RM1.1 bilion yang katanya, menunjukkan 'defisit' hampir 72 peratus. "Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi yang merupakan ADUN BN dari Kuah.

Amiruddin dalam jawapannya di Sidang DUN yang menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad berkata, persoalan seperti itu tidak patut timbul apatah lagi datangnya dari seorang bekas Exco kerajaan negeri. Katanya, terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya oleh kerajaan Pusat.

Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan, sedangkan kenyataannya bahawa kerajaan bakal muflis telah tersiar di hampir kesemua media utama dalam negara.

Amiruddin dalam ucapan penggulungannya merayu pihak media yang menyiarkan laporan tidak betul dari ADUN Kuah itu supaya membuat penjelasan kembali tetapi malangnya tiada satu pun media utama yang berani menyiarkan penjelasannya. Hanya akhbar Sinar Harian yang menyiarkan penjelasan tetapi bukannya dari Amiruddin, sebaliknya memetik kenyataan dari Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Azizan Razak yang tidak begitu mendalam penjelasannya.

Mustahil ADUN pembangkang tidak tahu 'membaca' laporan bajet kerana mereka sudah memerintah selama separuh abad. Rasanya apa yang mahu dilakukan BN ialah memutarbelit persoalan sebenar sambil menipu rakyat kerana BN dengan tipu, fitnah dan bohong sudah sinonim!

Warta Darul Aman

Arkib