Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Wednesday, November 7, 2012

Mari kita fahami isu penyelewengan Seri Temin sebelum buat report SPRM & polis




Oleh:- Ibnu Bakrin

Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan Seri Temin Corporation Development (STDC) ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program “Pemimpin Bersama Rakyat”. Menurut cabutan minit tersebut, wang itu akan digunakan bagi disumbangkan kepada setiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman. Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC. Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:


Kawasan Parlimen Jumlah (RM):

1 Padang Terap 130,000.00

2 Kulim/Bandar Baharu 120,000.00

3 Pokok Sena 110,000.00

4 Jerlun 110,000.00

5 Baling 110,000.00

6 Alor Setar 110,000.00

7 Kuala Kedah 110,000.00

8 Sik 110,000.00

9 Jerai 110,000.00

10 Sungai Petani 120,000.00

11 Merbok 110,000.00

12 Padang Serai 110,000.00

13 Langkawi 120,000.00

14 Kubang Pasu 110,000.00

15 Pendang 110,000.00

JUMLAH 1,700,000.00

Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar (“circular resolution”). Resolusi beredar ini bertajuk “Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat”. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:

1 Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

2 Dato' Ariffin Man

3 Datuk Syed Sobri Syed Hashim

4 Encik Zubir Zabidi

5 Encik Mohamad Radzi Ayob

6 Encik Mustafar Ahmad

7 Puan Marlia Abd. Latiff

8 Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail


Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 (“actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009”). Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau “significant” yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah. Adakah perkara seumpama ini memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (“Extraordinary General Meeting”) atau Mesyuarat Agung Tahunan (“Annual General Meeting”)?

Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 (“Companies Act, 1965”). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):

“Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat.”

Companies Act, 1965: Part V, Division 2 (Directors & Officers) Section 132 (As to the Duty and Liability of Officers) Clause 1E (Responsibility of a Nominee Director):

“A director, who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or who was appointed by or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator.”

Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham (“nominee directors”). Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas. Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).

Persoalan yang timbul adalah:
• Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above?
• Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.

Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini. Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.



Warta Darul Aman

Arkib