Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, November 29, 2012

Mai pakat gelak...


Gurindam seloka: Kaum Ali Baba gila kuasa

Oleh: Mahfuz Omar

Alkisah tersebut sebuah cerita;
Di hutan sebuah benua;
Berkumpullah kaum kerabat Ali Baba;
Bermesyuarat tahunan mereka.

Bukan duduk bincang masalah Negara;
Tapi duk Maki hamun lawan mereka;
Duk keriau mereka sudah berjasa;
Kepada kaum sebangsa mereka;
Kepada tanah air Negara;
Juga kepada batu dan bata.

Mereka kata berjuang utk bangsa, negara dan agama;
Sebenarnya mereka kaum Ali Baba;
Hidup mereka hanyalah berniaga;
Berniaga bangsa, negara dan agama.

Habis semua dijual belaka;
Tidak kira haram atau dosa;
Temolok depa yang berharga;
Perut depa buncit belaka;
Hasil keringat rakyat jelata.

Itulah dia kaum Ali Baba...



(Gurindam ini dicipta khas sempenan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berlangsung di PWTC)


Warta Darul Aman

Arkib