Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, November 12, 2012

Lagi catatan sejarah bakal terukir di Kedah pada 7 Disember 2012

 
 

100 RIBU DIJANGKA HADIRI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH

Oleh: SARINA ISMAIL

 
 
ALOR SETAR - Pakatan Rakyat Negeri Kedah akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 7 Disember 2012, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.

Himpunan yang dijangkakan menggamit kira-kira 100 ribu hadirin akan menampilkan empat pemidato utama yang terdiri daripada, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, YB Lim Kit Siang, YB Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato'Seri Anwar Ibrahim, di samping ucapan aluan dari pengerusi Jawatankuasa Bersama Pakatan Rakyat Pusat, Saudara Mohamad bin Sabu.

Menurut Pengerusi Bersama Pakatan Rakyat Kedah, YB Saiful Izham Ramli, program bermula seawal 2 petang dengan Bicara Santai Wanita dan pada pukul 3 petang dijangkakan ketibaan konvoi Anak Muda dari setiap daerah di Kedah. Di samping itu, turut diadakan persembahan kebudayaan pelbagai kaum dan pentas Ikon Anak Muda yang menampilkan lima ikon terkenal iaitu bekas kapten bola sepak kebangsaan, Saudara Radzi Md Din, bekas Juara Cup-Prix, Saudara Yasir Said,
Ustaz Azhar Idrus, Leman Raja Lawak dan Cikgu Badrul Hisham shaharin ( Cikgu Bard), Pengerusi SAMM.

Disebelah malamnya pula, akan diadakan solat hajat serta munajat yang akan dipimpin oleh seorang tokoh ulama terkenal di Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Sempena Himpunan tersebut, kaunter untuk sukarelawan pilihanraya akan dibuka dan ianya menerima penyertaan anak-anak muda khususnya yang tidak mewakili mana-mana parti politik untuk membantu Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya ke-13. Tayangan slide video setiap parti dalam Pakatan Rakyat akan diulang tayang untuk tontonan umum pada hari tersebut.

Menurut beliau lagi, melalui himpunan seumpama itu, segala isu-isu yang dibangkitkan oleh UMNO/Barisan Nasional akan dijawab dan dikupas dan secara tidak langsung ianya menjadi medium kepada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya kepada rakyat.

 
 

Warta Darul Aman

Arkib