Sunday, November 4, 2012
Hilangkan RM6.15 juta... mengapa Be End membisu?
Oleh: Tok Non
Serangan bom berangkai sudah dimulakan oleh Pemuda PAS Kedah terhadap BN. Untuk permulaan, isu kehilangan RM6.15 duit untung udang Kerpan dilaporkan kepada SPRM dan polis. Keuntungan pada tahun 2007 itu sepatutnya dimasukkan dalam akaun khas tetapi 'maklumat dalaman' menceritakan bahawa ia dimasukkan ke dalam tong ikan untuk digunakan sebagai dana pilihanraya BN 2008. Betul atau salah, biarlah polis menyiasat tetapi yang pastinya ialah duit itu hilang!
Selepas ini akan muncul lagi tidak kurang dari 9 penyelewengan yang akan dilaporkan kepada polis dan SPRM oleh Pemuda PAS Kedah.
Setakat isu kehilangan RM6.15 juta duit udang Kerpan, tiada siapa dari kalangan pahlawan maya UMNO Be End yang mampu mempertahankan Be End. Apa yang mereka mampu lakukan ialah mengalih isu....
Kita masih tunggu jawapan mereka... sementara muncul laporan kedua pula.