Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, November 5, 2012

Desakan Rasli letak jawatan... Apa kisah di belakang tabir?



Oleh: Basir Ismail
 
Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada rakan-rakan ahli-ahli majlis PBT Kedah, pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung dan Komuniti (MKK), penggiat badan bukan kerajaan (Ngo), para simpatisan serta individu-individu yang turut hadir di program himpunan aman – desak, duduk dan riadah yang berlangsung di depan Wisma Darul Aman pagi (Khamis) tadi.


Tidak dilupakan kepada rakan-rakan blogger dan media yang datang dari jauh dan dekat untuk membuat liputan termasuk yang tidak dapat  hadir, namun sempat menghubungi saya via talipon untuk mendapatkan maklumat. Begitu juga kepada pihak polis (PDRM) yang menghantar anggota membantu melicinkan perjalanan program dan mengawalselia lalulintas serta keselamatan peserta himpunan. Sokongan dan kerjasama sangat besar ertinya buat saya dan Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah. Mudah-mudahan mereka (para bloger, media dan polis) terus memberi khidmat bakti dan kerjasama kepada kami di masa akan datang.

Tujuan saya menulis ialah untuk memaparkan satu kisah untuk dikongsi bersama tentang isu di sebalik himpunan aman dan desakan Datuk Rasli meletakkan jawatan. Paparan kisah dari catatan peribadi untuk renungan buat kita semua di sebalik isu yang berlaku. 

Beberapa hari himpunan aman diadakan saya didatangi seorang rakan (berjawatan penting dalam parti) berbicara tentang isu SUK dan himpunan aman yang akan diadakan. Rakan saya membangkitkan beberapa persoalan di dalam perbincangan tersebut, di mana ia memerlukan saya menjawabnya. Di mana,  beberapa persoalan yang dibangkitkan masih terngiang-ngiang di telinga saya sehinggalah ke hari ini.

Dia (rakan) tanya “sejauh mana enta yakin SS (panggilan dia buat Datuk Rasli) akan letak jawatan ?. Dia seolah-olah mahu tahu kesudahan kemelut yang berlaku. Baginya, tentu saya dan rakan-rakan ahli-ahli majlis PBT ada pelan strategik yang pasti dapat menjatuhkan SS. Jika tidak, mungkin dia beranggapan ia sebagai kerja yang sia-sia. Lebih baik tumpu sahaja masa dan tenaga untuk menghadapi PRU 13 (kebanyakan cara fikir orang politik).

“Ana tak tahu”, Jawab saya ringkas. Rupa-rupanya jawapan tersebut mengejutkan dia… seolah-olah dia marahkan saya pula. Dia terus menyoal, “ habis tu….macam mana kesudahan kes ni ? Adakah enta nak jadi kambing hitam ?

Saya terkedu dengar andaiannya, namun tetap memberi jawapan agar dia memahami tindakan saya dan rakan-rakan…

Sayapun jelaskan kepadanya, “tindakan kami bukan semata-mata diukur di atas perletakan jawatan Datuk Rasli, baru dianggap berjaya. Sebaliknya enta kena melihat hikmah disebalik isu ini, bagaimana ahli-ahli majlis PBT boleh bersatu hati, tenaga dan perjuangan untuk menegakkan kebenaran”.

Saya kata lagi, “Datuk Rasli tidak letak jawatan bukan beerti kami kalah.  Bukan semua yang menang itu benar, tetapi yang benar pasti menang”.  Dia diam dengar penjelasan saya, namun raut wajah seperti tidak berpuas hati.

Rakan saya soal lagi, “kalau enta tak berjaya apa orang akan kata ? Saya soal dia balik, “berjaya macam mana yang enta mau ? Dia cepat-cepat jawab, “Datuk Rasli kena letak jawatanlah… macam ahli-ahli majlis mau”.

Saya mencelah, “kami buat apa yang patut…. orang lain kenalah buat apa yang patut dia buat…. berjaya atau gagal desakan kami ke atas Datuk Rasli letak jawatan ia bergantung kepada keadaan dan dengan izin Allah SWT”.

Kata rakan saya lagi, enta tak yakin boleh berjaya ke ? Sukar untuk saya menjawab soalan tersebut kerana kefahaman dia apabila “Datuk Rasli letak jawatan” baru dikira berjaya.

Dalam hal ini, saya cuba memberi jawapan supaya dia boleh faham  arah perjuangan ahli-ahli majlis PBT. Saya kata kepadanya, “ia bukan soal yakin atau tak yakin Datuk Rasli letak jawatan… sebaliknya enta kena lihat bagaimana dalam kes ini ahli-ahli majlis PBT telah buktikan boleh bersatu hati,tenaga dan matlamat, sekali gus menunaikan tanggungjawab masing-masing bangun menentang kemungkaran, pengkhianatan, penyelewengan, amalan kronisme, nepotisme dan rasuah di dalam pentadbiran yang dilakukan oleh Datuk Rasli sebagai orang nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah”.

“Kesatuan ahli-ahli majlis PBT menghadapi kemelut ini juga suatu kemenangan yang patut dibanggakan oleh enta dan PR Kedah. Bukan mudah untuk menyatukan hati, tenaga dan matlamat dari pelbagai latar belakang iktisad ahli-ahli majlis”, ujar saya. Dia terdiam mendengar penjelasan tersebut.

Saya sambung, kes Datuk Rasli ada hikmah disebaliknya serta ujian kepada ahli-ahli majlis PBT, bahkan orang-orang lantikan politik dalam kerajaan PR Kedah bagaimana untuk menghadapi sesuatu isu yang berlaku. Sekarang terbukti, kami boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah”.

Dia mengalih kepada soalan lain pula. “Siapa di belakang gerakan mendesak Datuk Rasli letak jawatan ? Saya tanya dia balik..kenapa nak tahu… dia kata, “bimbang (takut) saya diperalatkan oleh pihak tertentu, nanti jadi kambing hitam ? Saya jawab… sejak bila saya pernah jadi kambing putih ! Dia ketawa kecil dengar jawapan kurang asam saya. Barangkali jawapan saya tersebut ada kebenarannya.

Saya menegaskan bahawa, “tidak ada sesiapa di belakang gerakan desak Rasli letak jawatan kecuali kesatuan ahli-ahli majlis PBT dan beberapa individu yang faham serta sedar tentang isu ini sahaja.

Dia macam tak percaya…, mungkin dia nak saya kata dibelakang gerakan ini adalah sipolan-sipolan. Ini kerana, gerakan ini seolah-olah ada pihak yang membantu dari belakang, antara nama yang disebut-sebut ialah Tuan Haji Ahmad Fisol (Yang DiPertua MDKP), Datuk Puad (Musuh Datuk Rasli), Sanusi Setpol (Orang Kuat MB), UMNO/BN (musuh PR) dan macam-macam lagi.

Ramai yang percaya tanpa sokongan pihak tertentu macam mana kami (ahli-ahli majlis PBT) boleh bertindak sebegitu jauh ke atas Datuk Rasli. Apa lagi Datuk Rasli dilihat sebagai individu yang berpengaruh dengan istana serta berkedudukan strategik dalam pentadbiran Kedah. Silap saja langkah kami bertindak akan membawa padah, bukan sahaja kepada diri kami, bahkan PR dan Kerajaan.

Namun saya tak ambil peduli samada dia dan orang lain setuju ataupun tidak dengan jawapan yang diberikan.

Dia juga mengajukan persoalan dan cadangan, “tak ada ke isu lain yang lebih besar dari desak Datuk Rasli letak jawatan yang ahli-ahli majlis boleh bangkit ? Sayapun tanya…isu apa yang besar dalam kerajaan Kedah? Dia kata dengan cepat, “isu laporan audit (PNG), ramai yang dok hentam kerajaan”.  Saya terdiam sejenak…sebelum memberi jawapan.

Akhirnya saya beri jawapan, “Kalau isu ini enta yang paham, entalah kena lawan. Ana nak lawan Datuk Rasli dulu kerana dia jelas pengkhianati rakyat dan kerajaan”.

Dia diam dengar jawapan tersebut dan tidak ada soalan lagi. Ketika   dia bagun nak meninggalkan saya, dia sempat berkata,  “ana sokong usaha enta lawan Rasli…. tapi ana tak boleh tunjuk muka," ujarnya.

Semoga paparan kisah benar ini akan memberi gambaran dan membolehkan pembaca berikir sejenak.

Terima kasih.

 

 

Warta Darul Aman

Arkib