Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, November 1, 2012

BN masih belum jawab soalan mudah ini. Perlu berapa ratus tahun lagi untuk beri penjelasan?


Oleh: Tok Non

Lebih satu setengah tahun lalu, dalam Sidang DUN singkat selama tidak sampai setengah jam, Ketua Pembangkang bertanya soalan mengenai prestasi beberapa GLC utama di Kedah. Dalam menjawab soalan ADUN Pedu itu, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah mendedahkan penggunaan wang secara tidak wajar oleh syarikat Seri Temin Development Corporatin (STDC) di bawah item 'sumbangan' yang tidak menyebabkan STDC mendapat pengecualian cukai sebanyak RM7.5 juta.


Antara yang disebutnya sepintas lalu (Nota: Antara maksudnya bukan senarai keseluruhan, sebab kalau nak senarai semua sumbangan RM7.5 juta tu mungkin perlu masa selama beberapa jam)... ialah sumbangan terhadap parti politik bernama UMNO.

Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).

Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).

Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08).

Bekas CEO STDC yang juga ADUN Kuala Nerang angkat fail terus cabut keluar dewan ketika Amiruddin mendedahkan satu persatu. Semua ADUN BN gelisah dalam DUN.. namun selepas sidang berakhir hinggalah ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin BN yang berani menjawab mengapa mereka menggunakan wang GLC sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik UMNO.

Apakah mereka ingat GLC tu adalah harta meredak parti UMNO? Apabila perkara ini dibangkitkan mungkin jawapan yang pecacai UMNO berikan ialah "Isu itu sudah basi...". Basi atau tak basi, jawapan dari mereka tidak pernah diberi hingga sekarang dan mungkin 100 tahun lagi pun UMNO tidak berani beri jawapan atau penjelasan. Mengapa... sebabnya UMNO adalah penyamun duit rakyat.

Warta Darul Aman

Arkib