Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 25, 2012

Apa tu 'temonyeh'..tok Det?

Oleh: PUTERI BULAN

Sempat juga Puteri mengikuti Sidang Dun Kedah sempena pembentangan bajet 2013. Hangat betui kali ni...nasib baik dalam dewan tu depa pasang aircond...kalau tidak masing-masing kena tanggalkan kot dan 'neck-tie'..lebih-lebih lagi 'blogger-blogger' UMNO yang siap berkot/neck tie mengalahkan wakil rakyat dan sibuknya mengalah wakil media tempatan/arus perdana....

Gelagat blogger-blogger UMNO tu taklah tarik perhatian Puteri sangat tapi kehangatan sidang dun tu yang membuatkan Puteri teruja nak tau sampai habis..

Paling seronok sekali..bila YB Amiriddin menjawab soalan lisan dari YB Cikgu Lah ..kononnya soalan bola tanggong..kata Tok Det...heheheh apa pulak soalan bola tu Tok Det...nak mendedahkan salahguna, penyelewengan, rasuah dan guna duit rakyat tak kena tempatnya adalah perlu agar rakyat tau....kerajaan mana yang khianat rakyat...

Wakil-wakil Rakyat pembangkang..dah macam cacing kepanasan...masing-masih temonyeh ( pinjam istilah tok Det) ..pusing kiri tak kena..pusing kanan tak kena...kalau bercakap dalam ceramah diluar..bolehlah depa kata pembohong tapi bercakap dalam sidang dun..berfakta dan cukup bukti...kat mana lagi nak sanggah.

Last-last...Tok Det jawab bela diri...Puteri nak tulis kat bawah ni ..macamana butiran kata-kata Tok Det..

" Memang seronok boleh mengata kat orang, dok tengok kawan dok kelehe. Boleh pekena kawan, kata sungguh-sungguh. Anak Bukit lepas geram tapi bola tanggung mai dari Pantai Merdeka. Anak Bukit dah pakat dengan Pantai Merdeka nak pekena kita. jadi kita pun jadi temonyeh.

"Ini memang seronok, kata kat orang, buat bagi orang tak boleh jawab memang seronok. Buat lagilah depan sok ni, Anak Bukit pun seronok dok sesah kata tadi...dia pi mana ? tau nak sesah dia.."

Dalam celah-celah tu...Anak Bukit jawab.."ada ni..ni yang mai sebab dengaq orang nak sesah".

Tok Det pun jawab.."saja saya buat-buat lagu tu"

Ish..kalau tak betoi...hang sanggahlah bagi tepat Tok Det oii...apa pulak orang main pakat-pakat...kalau pakat-pakat ni...kita nak nanya orang...tapi kes ni bukan nak nanya UMNO..tapi nak cerita apa yg UMNO buat kat duit rakyat...bagi rakyat tau apa yang hampa buat...

Warta Darul Aman

Arkib