Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 4, 2012

ALHAMDULILLAH... Junjung Kasih Tuanku


Oleh Tok Senapi

Alhamdulillah, setelah agak lama hak seorang Menteri Besar untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong terhalang dengan sebab musabab yang sedia dimengerti, akhirnya semalam Yang Di-Pertuan Agong berkenan menerima mengadap YAB Menteri Besar, Dato' Seri Di-Raja Ustaz Azizan Abd Razak. Masing-masing dapat melepas kerinduan setelah agak lama tak bertemu. YDP Agong, seperti biasa bertanya khabar perkembangan kerajaan negeri Kedah dan seperti biasa juga MB menceritakan kepada baginda apa yang perlu.


Keluar dari bilik mengadap, Ustaz Azizan tersenyum membayangkan kepuasan tidak terhingga. Apa yang mereka bincangkan? Apa yang menyebabkan Ustaz Azizan kegembiraan? Biarlah ia menjadi rahsia antara MB dengan YDP Agong.

Apabila Ustaz Azizan sudah mampu tersenyum sampai ke telinga mungkin ada pula orang yang akan bermuram durja. Biasalah resam dunia...

Warta Darul Aman

Arkib