Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, November 22, 2012

ADUN Kota Siputih mengamuk dalam Dewan dihalau oleh Speaker


Oleh: SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Sidang Dewan Undangan Negeri menjadi gempar seketika apabila semua ADUN pembangkang keluar dewan sebagai memberi sokongan kepada YB Dato’Abu Hasan Sarif (BN-Kota Siputih). Perkara ini terjadi ekoran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah,YB Dato’Abdul Isa Ismail, mengarahkan Adun Kota Siputih keluar dewan setelah amaran supaya beliau duduk dan berhenti membuat kecoh tidak dihiraukan.


Insiden ini terjadi ekoran ADUN Kota Siputih memohon diberi laluan semasa YB Lim Soo Nee (PKR- Kulim) membuat ucapan penggulungan tetapi tidak dibenarkan. Beliau terus mendesak dan tidak menghiraukan arahan YB Speaker agar beliau duduk semula di tempatnya. Akibat keengganan itu, beliau telah diarahkan keluar dewan dan tidak dibenarkan menyertai persidangan.

Walau bagaimana pun, semua ADUN berkenaan masuk semula ke dewan menyertai persidangan sejurus selepas YB Lim Soo Nee tamat berucap.



Warta Darul Aman

Arkib