Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Sunday, November 25, 2012

Adik-adik PASTI, mana lebih besar RM2.12 billion dengan RM1.608 billion?


(Kedah satu-satu negeri dalam dunia yang tidak ditadbir oleh kerajaan tetapi oleh pembangkang, mokalau orang luar negeri baca ni mesti gelak gulin-gulin...)
Oleh: Pak Dee Jantan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, iklim pelaburan di Kedah semakin menyusut sejak ditadbir oleh PAS pada 2008. Buktinya, pada tahun lalu (2011) pelaburan masuk RM6.14 billion tetapi tujuh bulan pertama tahun ini cuma RM283 juta sahaja pelaburan masuk. Angka tu semua sebenarnya merujuk kepada pelaburan KHTP sahaja, tak masuk pelaburan RM0.5 billion projek Aman Central yang telah dimulakan.
Musykilnya akan kepala otak Pak Dee ialah pada tahun 2011 itu siapa yang memerintah Kedah? BN ke? Kalau Mukhriz dakwa pelaburan masuk menyusut sejak PAS/PR mentadbir Kedah maka kenalah ambilkira pelaburan masuk sejak Mac 2008. Mana boleh penyusutan dilihat pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Oleh kerana pelaburan di KHTP menyumbang lebih 96% pelaburan masuk di Kedah mari kita ambil angka pelaburan di KHTP sejak ianya diwujudkan pada 1996.

1) 12 tahun BN pelaburan masuk ialah RM19.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM1.608 billion.

2) 5 tahun PR pelaburan masuk ialah RM10.583 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.12 billion.

Adik-adik PASTI cikgu nak tanya, mana lebih banyak 2.12 dengan 1.608?

Ohhh pandai anak muridku...!

Warta Darul Aman

Arkib