Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Monday, October 8, 2012

Wahai pembangkang di Kedah, awat hangpa lembab sangat! Inilah masa nak eksploit isu 'SUK vs Kerajaan PR Kedah'

Oleh TOK NON


Tok Non rasa musykil yang amat sangat melihat akan lembabnya pembangkang Kedah @ BN Kedah terhadap isu besar yang satu ini. Dah lebih sebulan berlaku pergolakan dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila Ahli2 Majlis Daerah Kubang Pasu berlawan secara terbuka dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, sampai peringkat angkat banner desak SUK letak jawatan.


Sampai saat ini TN tak nampak lagi sepatah kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin BN Kedah mahupun media-media mereka baik media nyata seperti TV3 atau Utusan Malaysia, mahupun media alam maya. Nak kata mereka tidak menyedarinya tidak munasabah kerana dunia tanpa sempadan hari ini, maklumat boleh tersebar seantero dunia dalam masa tak sampai 2 minit dari detik berlakunya peristiwa.

TN rasa pelik pada diri sendiri malam ini kerana terpaksa nasihatkan pembangkang @ BN @ UMNO untuk bertindak.

Inilah masanya untuk ceritakan seantero dunia bahawa berlaku pertembungan besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah, Kedah sudah tidak stabil, pendek kata 1001 isu boleh digoreng. Masa ini sangat sesuai sebab sangat hampir dengan PRU... tunggu apa lagi BN, ayuh gunakan isu ni semaksimum mungkin!!!

Warta Darul Aman

Arkib