Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Thursday, October 25, 2012

UMNO dan cybertrooper mereka ibarat hantu raya kena picit ibu jari dengan lada hitam



 
Oleh: Pak Dee Jantan

Tak ketahawan hala, meracau dan tenggelam punca. Itulah gambaran puak cybertrooper UMNO Kedah apabila MB mendedahkan empat projek besar di mana mereka menyeleweng di zaman BN dan akibatnya terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri sekarang. Gambaran kegelisahan mereka ialah ibarat hantu raya kena picit dengan lada hitam dekat ibu kaki.

Mula-mula depa rasa syok sakan dengan isu balak Papua New Guinea. Tiap-tiap hari copy paste imej dari buku Audit, kira eksklusif sangatlah tu. Terbeliaklah kot orang kampung tengok dokumen2 bukti penyelewengan tuh. Bukan main serang dalam media maya, bila kena balik penangan 4 isu besaq penyelewengan tersentot telog masuk dalam perut, depa pulak pakat lari merapak masuk dalam seluaq Tang Keng Liang untuk cari idea baru macam mana nak kelentong. Sekali Pak Dee tengok kesian pun ada, nak tergelak pun ada.

(Banyaknya dokumen si Hafiz ni nak bongkar, hang pi selongkark kat tong sampah Peruda nu lagi banyak dokumen macam ni, seguni pun boleh dapat...)

Empat isu besar tu semua jadi bewak hidup yang tak pasai-pasai kerajaan PAS kena tanggung. (Tolong hapai 4 penyelewengan besar BN tu...)

1) Menipu dalam projek perumahan dan rumah kedai di Tandop, sehingga Yayasan Islam Kedah (YIKed) telah disaman oleh pemaju RM11 juta. YIKed dah bayar RM300 ribu, baki akan dibayar secara ansuran.

2) Songlap duit untung projek udang Kerpan sebanyak RM6.5 juta... masuk akaun UMNO? Syarikat JV pulak tuntut hutang RM2 juta.

3) Kerajaan PAS akan disaman oleh syarikat Qatar RM22 juta kerana kerajaan BN zaman Osman Aroff dulu tak buat penyelesaian dengan depa selepas projek Jerai International Park batal.

4) Terbabit projek 990East Langkawi bernilai RM1.9 billion dengan perjanjian usahasama yang merugikan KCB. Sehingga kini kerugian dianggarkan 50 juta.

Kalau campur semua kerugian tu... tak kurang RM91.5 juta!!!

Hujah cybertrooper UMNO "Awat tak korek sekali isu di zaman Syed Nahar ka, Osman Aroff ka?". Haktu bukan hujah, itu akai belit nak putag pusin rakyat.

Yang sebenarnya kalau nak dikira kerugian di zaman BN mungkin berbilion-bilion tapi RM91.5 juta tu cuma angka yang dibabitkan di zaman pemerintahan PAS tapi angkara kerajaan BN dulu. Kita hanya serang hak tu saja dulu, dah penin menonong UMNO serta cybertrooper UMNO.

Persoalan besarnya ialah semua duit yang terpaksa digunakan oleh kerajaan PAS/Pakatan itu ialah duit rakyat bukan duit tabung milo UMNO atau duit kepala bapak hangpa!!! Duit tabung milo UMNO tu sekupang pun tak guna untuk bayaq balik penyelewengan yang hangpa buat dulu..Pahammm!!!! Bila projek balak Papua rugi pandai pulak hang menyalak siang malam, kena kat hangpa RM91.5 juta mula kona... itu zaman dulu punya cerita. Zaman dulu pun BN jugak tau dak?! Baghal, kelabu asap!! (Pinjam ayat P.Ramlee)
 
Takpalah sempena raya Qurban ni kita cuti sat, lepas tu nanti kita akan gempur habis-habisan empat isu tersebut sampai UMNO Kedah terus mampoih.
Selamat Hari raya Qurban untuk semua...

 

 

Warta Darul Aman

Arkib