Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Saturday, October 27, 2012

Siapa dapat meyakinkan khalayak dengan fakta dan hujah akan menang, dan siapa yang kuat memaki hamun akan kalah

Catatan Tok Senapi

Alhamdulillah hari ini TS ada sedikit kelapangan untuk mencoret sesuatu di ruangan ini. Namanya sajalah TS ni Ketua Editor tapi kadang-kadang isu yang tersiar dalam blog sendiri pun tak sempat nak baca... Alhamdulillah empat orang kepercayaan TS yang dilantik jadi admin rasanya sudah dapat bertugas dengan cemerlang sekali, buatlah yang terbaik dalam mengekalkan sokongan rakyat serta mengubah minda rakyat yang masih belum menyokong perjuangan menumbangkan kuasa tua yang sedang nazak dan bermasalah. Itulah antara tujuan blog ini diwujudkan pun... bukan untuk memaki hamun dan menyebarkan fitnah.

Hari ini jumlah anggota masyarakat yang berpelajaran semakin ramai. Cara berfikir manusia sudah jauh berbeza berbanding 10, 20 tahun lalu. Bagi TS pendekatan yang digunakan oleh blogger atau cyber trooper UMNO di alam maya adalah 'sangat baik sekali'. Kaedah memaki hamun dan menghina peribadi hanya akan memuaskan penyokong sendiri tetapi akaun menjauhkan sokongan golongan yang rasional.

Ingatan untuk pejuang-pejuang maya Pakatan supaya istiqomah mendedahkan fakta dan hujah kerana itulah sahaja caranya untuk mengubah menarik sokongan rakyat menyokong kita dan menolak BN. Hentikan beremosi dalam memberi komen, khususnya dalam FB atau Twitter walaupun diprovoke oleh pihak lawan. TS yakin golongan yang rasional akan menang dan golongan pemaki hamun dan pencela iaitu UMNO Be End akan kecuncang.

Peluru yang ada di pihak pakatan sangat banyak dan sekaranglah masanya untuk digunakan sepenuhnya kerana PRU tidak boleh ditangguhkan lagi selepas Mac 2013. Hentikan sementara (jika ada) 'muhasabah' terhadap rakan-rakan sekerja secara terbuka di medan maya kerana kerana ia bisa menghilangkan fokus. Kadang-kadang yang membuat provokasi dalaman itu ialah pihak musuh yang menyamar, bila mereka melontar sikit 'bahan eksperimen' mereka ada segelintir ahli-ahli yang melompat dan melatah. Berhati-hatilah.

TS baru saja dibekalkan dengan isu dalaman UMNO oleh rakan-rakan UMNO, insyaAllah akan digunakan sebaiknya untuk dijadikan peluru bukan setakat menumbangkan UMNO di Kedah tetapi juga di Pusat.

Cukup dulu sepatah dua catatan dari TS... nak kena pi makan kenduri korban pulak ni. Jumpa lagi, selamat berkorban dan kita 'korbankan' UMNO dalam PR nanti. Allahuakbar!!!

Warta Darul Aman

Arkib