Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Tuesday, October 16, 2012

Sah!!! Parlimen bubar 22 Januari 2013


Terkini!! Menggemparkan.. Tarikh Pembubaran Parlimen Terjawab Sudah, Kenapa 22 Januari 2013 Dipilih..


Setelah lama menunggu bilakah tarikh pembubaran parlimen yang sekian lama dinantikan seluruh rakyat, akhirnya penantian berakhir juga! Puas berteka-teki mengenai bilakah tarikh parlimen akan dibubar seterusnya pilihanraya umum diadakan, nampaknya impian kini terlaksana! Bagaimanapun, jangan terkejut apabila parlimen yang dimaksudkan bukannya parlimen Malaysia sebaliknya negara haram Israel yang mengumumkan parlimennya akan dibubarkan pada 22 Januari 2013 bagi memilih ahli parlimen yang lebih dikenali dengan nama Knesset ke-19 dalam sejarah negara haram itu.




Perdana menteri rejim Yahudi laknatullah, Benjamin Netanyahu (kanan) mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media bersama jemaah kabinetnya yang bersetuju dengan tarikh tersebut di Tel Aviv sebentar tadi.

Seramai 65 ahli parlimen akan dipilih oleh lebih tiga juta pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Netanyahu yang mengetuai parti pemerintah, Likud dijangka tidak menghadapi masalah untuk memenangi pilihanraya tersebut walaupun parti pembangkang, Kadima yang bergabung dengan kerajaan pimpinannya pada 2009 mengancam akan keluar dari perikatan tersebut.

Bagi rakyat Malaysia sekali lagi kita dimalukan seluruh dunia apabila perdana menteri Najib Altantuya yang kini berada di Manila, Filipina masih tidak berani mengumumkan pilihanraya umum walaupun sudah berbelas kali melaungkan kesediaannya memanggil pilihanraya!

Ternyata Najib Altantuya cukup takut memanggil pilihanraya umum kerana hampir pasti BN akan kalah dan paling mengerikan, dia sendiri akan menghadapi perbicaraan di Paris, Perancis sebagai saksi peguambela bersabit skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang berkait dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu. ~jalanpulang

Warta Darul Aman

Arkib