Kedah La

Kedah La versi baharu. Menggerak hati nurani dan pemikiran rakyat Kedah untuk melakukan perubahan dalam PRU14 nanti.

Terkini dari Kedah La

Friday, October 26, 2012

Projek 99 East Langkawi... akan ranapkan sama sekali imej BN Kedah yang sedang nazak


Kegagalan Projek 990East Langkawi bisa bikin Pak Najib kepala pusing memikir nasib BN Kedah

Projek 990 East Langkawi bermula sejak 15 Januari 2007 di mana perjanjian usahasama dan perjanjian saham ditandatangani oleh KCB dengan Terra Monda Pte Limited iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di England. Pemegang utama saham Tera Monda ialah pelabur dari Swiss yang memegang 51 peratus kepentingan.

Ketua Pegawai Esekutif KCB pada masa itu ialah Datuk Tajul Urus Md Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Terma perjanjian berat sebelah, di mana KCB perlu menyediakan tanah seluas 360 ekar di Bukit Malut tetapi hanya mendapat 20 peratus saham, sedangkan Terra Monda yang membiayai projek memegang 80 peratus saham. Nisbah keuntungan sangat tidak seimbang, terang-terang KCB jadi pecacai pihak asing. Masalahnya tanah yang dijanjikan KCB itu bukan miliknya. Yang menanggung beban itu tentulah kerajaan negeri. Maklumat awal, premium tanah sahaja yang terpaksa ditanggung (kerugian?) oleh kerajaan negeri ialah RM36 juta.


KCB juga dikatakan akan membina 'mahligai' bernilai RM7 juta untuk pihak tertentu (terdapat dalam terma perjanjian). Sekarang kerajaan negeri sedang berunding dengan Terra Monda untuk membatalkan perjanjian tersebut kerana pengurusan Perbadanan Menteri Besar (PMBKed) yang menaungi KCB tidak mahu memberi Power of Attorney kepada 990East Langkawi. Namun penamatan perjanjian juga mempunyai kos yang besar kerana nilai projek sahaja sudah mencecah RM1.9 billion dan sebahagian projek sudah bermula.


Hari ini pihak pembangkang (BN Kedah) sedap mulut menghentam pihak kerajaan negeri kononnya tidak buat kajian mendalam sebelum melabur di Papua (merujuk kepada kegagalan KCB di zaman Pakatan) soalnya dalam isu 990East ni BN buat kajian sampai takat mana? Dengan modal berbayar cuma RM50 ribu, sanggup melangkah kaki dalam projek RM1.9 billion.


Banyak lagi maklumat mengejutkan yang akan didedah di sebalik projek 990East ini. Kita cerita sikit-sikitlaa nuu, bagi rakyat mudah faham. Kalau serang sekaligus jawabnya rebah tegulin Najib, penin dengan perangai BN Kedah dulu yang catatan penyelewengan dan kegagalan mereka tak habis-habis. Satu demi satu terbongkar kini.

 

Warta Darul Aman

Arkib